BACHOK -  Sekolah Kebangsaan (SK) Bakong di sini menjadi sekolah perintis di Kelantan yang menanam cendawan menerusi Projek Sarana Persatuan Ibu Bapa Komuniti (Sarana Cendawan) sejak Mei tahun lepas.

Yang Dipertua Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) sekolah itu, Azman Ag Noh berkata usaha itu bertujuan menjana pendapatan bagi membantu sekolah melakukan aktiviti.

"Pada masa ini, kita mempunyai 10,000 bongkah cendawan tiram kelabu dan awal tahun ini 500 bongkah cendawan kukur.

"Sejak tahun lalu, kita sudah meraih untung bersih kira-kira RM15,000 bagi cendawan tiram kelabu dalam masa setahun lebih, manakala RM1,800 untung bersih bagi cendawan kukur (kulat sisir) untuk tempoh April hingga Mei tahun ini," katanya.

Haslina memeriksa cendawan tiram yang ditanam menerusi Projek Sarana Cendawan di SK Bakong hari ini.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas ditemui di tapak Projek Penanaman Cendawan Tiram Kelabu dan Cendawan Kukur di sekolah itu di sini hari ini.

Turut hadir, Naib Yang Dipertua PIBG sekolah merangkap usahawan cendawan, Haslina Ya;  Anggota  Jawatankuasa Persatuan Ibu Bapa dan Komuniti (PIBK), Rozlan Yakob; Penolong Kanan Hal Ehwal Murid, Marizam Mamat dan Penolong Kanan Pentadbiran, Rizalman Mohd Razi.

Azman berkata pihaknya menggunakan kantin lama sekolah yang diubah suai menjadi bangsal menempatkan bongkah-bongkah cendawan tiram dan cendawan sisir. Bernama

Baca:

SK KLIA berubah wajah dalam sembilan jam setelah 'dikerjakan'penuntut Universiti Xiamen

Mahu fasih berbahasa Inggeris? Jangan malu untuk cuba sembilan rahsia mudah dan ringkas ini

Ramai yang puji pelajar Pendidikan Khas SMK Kinarut pandai buat biskut raya

Enam murid mual dan pening setelah termometer pecah di dalam kelas

'Masing-masing mohon maaf antara satu sama lain' - Exco Pendidikan (3 foto)