Guru Besar Sekolah Kebangsaan Bukit Kalam Rosli Mohd Ali (kanan) dan guru-guru membuat simulasi sebagai persediaan akhir bagi pembelajaran norma baharu ketika tinjauan persiapan Pra Sekolah Mutiara di sekolah itu hari ini.

Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) menetapkan 1 Julai ini sebagai tarikh pembukaan semula semua prasekolah, tadika dan Taman Bimbingan Kanak-kanak (Tabika) di bawah kerajaan mahupun swasta selepas tiga bulan tadika ditutup sejak 18 Mac berikutan penguatkuasaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Kesemua taman didikan kanak-kanak dikehendaki mengikuti Prosedur Operasi Standard (SOP) yang ditetapkan seperti SOP waktu ketibaan dan pulang, kedudukan jarak satu meter di dalam kelas dan waktu rehat. Berikutan ruang yang terhad, ada Tadika mengadakan sistem penggiliran kehadiran di antara murid-murid mengikut kelas masing-masing. - BERNAMA

Artikel menarik:

Bersederhana dalam penampilan. Ini yang patut guru tahu bila bergaya ke sekolah

'Perlu jaga imej' - Guru ini kongsi empat elemen imej yang perlu ada pada pendidik

'Saya takkan lupa tanggal 17 Mac!’- Pengetua kongsi pengalaman, disahkan hidap kanser dan Covid-19

Tiga guru hebat yang jadi sebutan ramai tahun ini. Jom kenal dengan lebih dekat