BAGI memberi pembelajaran anak-anak didik Sekolah Kebangsaan (SK) Dato’ Wan Kemara terus dipacu melalui penggunaan ‘Aplikasi OHSOM’ yang telah dibangunkan untuk memudahkan pemantauan pembelajaran anak-anak didik SK Dato’ Wan Kemara.

Menurut guru besarnya, Mohd Nizam Saidin, aplikasi itu juga banyak memudahkan urusan ibu bapa/waris dan guru-guru menghantar dan mengambil bahan-bahan PdPc.

Kelebihan aplikasi OHSOM :

  1. Apps ini bertujuan untuk membantu guru-guru mendapatkan bahan yang dihantar oleh murid kepada guru-guru dalam bentuk imej dan bukannya seperti google docs, flipgrid dan sebagainya.
  2. Apps lain sudah tersedia ‘storage’ untuk menyimpan apa yang dimuat turun oleh pengguna menggunakan link yang tersedia
  3. Apps ini memudahkan guru daripada mencari ‘scrool’ bahan-bahan (imej) yang dihantar oleh murid dalam group WhatApps dan guru-guru tidak menyimpan nombor telefon setiap waris serta perlu fikir pula siapakah murid berkenaan (jika hanya hasil kerja yang dihantar tanpa nama).
  4. Apps ini juga dapat membantu guru menyimpan hasil kerja murid dalam satu ‘storages’ serta tidak memberatkan telefon guru dengan imej yang terlalu banyak yang tidak sempat untuk disemak
  5. Pengguna apps ini sangat memudahkan guru-guru dan ibu bapa menghantar hasil tugasan dan mengambil tugasan dalam tempoh PKP ini tanpa perlu bersemuka. Satu manual pengguna telah disediakan untuk memudahkan pengguna apps ini.
  6. Hasil dapatan yang diperoleh sangat mengujakan ibu bapa dan guru-guru.

Artikel menarik:

'Saya buat cara old school. Guna Whatsapp aje' - Guru lain boleh ikut cara Cikgu Ain tak pening

Guru ini buat video cara mudah 'login' Google Classroom sebagai murid.. mohon ibu bapa bantu

Patutlah ramai cikgu buat Google Classroom...rupa-rupa ini faktornya

11 nota asas Matematik yang wajib dan sepatutnya murid tahap dua kuasai

Mudahnya tanda jawapan murid di telefon, ini kaedahnya yang boleh cikgu cuba