BANGI - Pasukan Rentak Budaya Sekolah Kebangsaan (SK) Jalan 3 Bandar Baru Bangi Selangor telah mendapat pingat emas di Asean Cultural Music Festival selama empat tahun berturut-turut sejak 2015.

Guru pimpinannya juga guru muzik, Mohd Najmi Zamani berkata, pasukan itu ditubuhkan pada tahun 2006 olehnya sendiri sehinggalah sekarang.

"Pasukan ini memperjuangkan gabungan alat muzik tradisional dan moden. Pasukan ini telah banyak menempa kejayaan di peringkat daerah, negeri, kebangsaan serta antarabangsa.

"Pasukan ini turut mendapat sokongan yang kuat dari guru besar kami iaitu Rozita Ahmad serta bantuan dua guru muzik yang berpengalaman iaitu Cikgu Jamy Fahrul Faiz serta Cikgu Ramlan Amir Khalid," katanya.

 

Antara kejayaan yang diperolehi adalah:

1. Pemenang pingat Emas di Asean Cultural Music Festival untuk empat tahun berturut-turut bagi kategori Alat muzik Kontemporari (2015-2018).

- Pemenang pingat emas untuk pertandingan karnival bahasa, kesenian dan sukan baru-baru ini serta juara bagi pertandingan alat muzik berkumpulan pada karnival serlahan potensi peringkat kebangsaan 2016.

- Juara Kids Parade TV3 2011-2012.

2. Mengadakan persembahan khas di Karnival Jelajah Pendidikan Negara tahun 2017 dan 2018.

3. Persembahan jemputan di Hotel Shangrila Jakarta Indonesia sempena Hari Malaysia. (Jemputan kedutaan Malaysia di Jakarta)

4. Persembahan Jemputan di Mcpherson School Singapura

5. Membuat persembahan khas di Sekolah Seni Bandung pada program Eksplorasi Seni Nusantara SMKN 10 Bandung Indonesia

6. Pernah membuat persembahan khas di Hotel Glory Beach Resort, Pesta Belon Panas Antarabangsa Putrajaya, Internatioinal Fashion show (OIC), Persembahan terbuka di dataran Teluk Kemang Port Dickson, Persembahan di Festival Kraf, persembahan khas SECARA LIVE untuk slot MALAYSIA HARI INI TAHUN 2010-2013.  Sering mendapat liputan akhbar-akhbar tempatan.

- Pernah menyandang Kelab dan Persatuan Cemerlang Peringkat Negeri Selangor tahun 2012 dan Naib Johan Kelab dan persatuan cemerlang peringkat kebangsaan.

7. Pernah menyertai saringan World Championship Of Performance Art di KL Sentral dan lain-lain lagi.