BANGI - Sekolah Kluster Kecemerlangan, Sekolah Kebangsaan (SK) Jalan Empat, Bandar Baru Bangi dengan kerjasama Universiti Kebangsaan Malaysia dan Universiti Tenaga Nasional (Uniten) telah menganjurkan International Junior Aspiration Mathstari Carnival (I-Mathstari) pada 20 Julai lalu bertempat di UKM.

Seramai 1500 pelajar mewakili  tujuh buah sekolah dari Thailand, Indonesia dan Singapura dan 87  buah sekolah  dari seluruh Malaysia berentap dalam tujuh kategori pertandingan iaitu Tarian Ethnik, ConfirmA @ UNITEN, G-Maths, Public Speaking, Nyanyian Solo, Catur dan Inovasi STEM.

SK Jalan Empat telah menganjurkan pertandingan Mathstari sebanyak tiga kali di peringkat kebangsaan dan pada tahun ini mereka mengangkatnya ke peringkat antarabangsa.

Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG), NGO serta orang persaorangan banyak membantu menyumbang dana bagi merealisasikan I-Mathstari kali ini.

Antara sekolah luar negara yang menyertai –mathstari kali ini ialah

1.Darma Yudha Elementary School, Pekan Baru, Indonesia

2.SD (Islam) ArRashid, Pekan Baru , Indonesia

3.SD (Islam) As Shoffa Pekan Bau, Indonesia

4.The Elementary School of Muhammadiyah, 5, Jakarta, Indonesia

5. Anubban School Satun, Thailand

6. Chariytham Chana School, Songkhla, Thailand

7.Teluk Kurau Elementary School, Singapore

 

Sekolah-sekolah yang berjaya dalam kategori masing-masing adalah

1.SK Jalan Empat  -  Confirm A @UNITEN

2. SK Bukit Damansara  - Tarian Ethnik

3. SK Leftenan Adnan-  G Maths,

4. Darma Yudha Elementary School -  Nyanyian Solo

5. Cempaka International School – Inovasi STEM

6. SK Convent Kajang – Public  Speaking

7. SK Jalan 3, Bandar Baru Bangi – Catur berpasukan

 

Sementara itu, Ratu Irama Malaysia Noraniza Idris hadir sama menyerikan majlis penutup I-Mathsari.

Katanya, beliau kagum dengan bakat dan kesungguhan para peserta.

"Saya berharap agar anak-anak diasuh untuk mengenali warisan budaya  sejak mereka kecil lagi bak kata pepatah “Melentur buluh biarlah dari rebungnya” agar ia “Tak lapuk dek hujan tak lekang dek panas”," ujarnya.

Guru Besar, Ainon Mohammad Salehuddin berkata, penganjuran karnival seumpama itu sangat bertepatan dengan saranan KPM dalam PPPM 2013 -2025 yang memfokuskan tentang character building yang merangkumi pencapaian akademik dan kokurikulum.

"Ia memberi impak yang sangat besar kepada murid terutama dalam pembentukan diri menjadi seorang yang cemerlang dan serba boleh seterusnya melahirkan modal insan yang holistik.

"Nilaian berdasarkan peperiksaan semata-mata tidak boleh lagi dijadikan kayu ukur kemenjadian murid. Kemenjadian murid dilihat melalui hasil keberkesanan persekolahan secara holistic," katanya.

Selain itu, katanya, untuk menilai aspek kemenjadian murid PPPM  2013-2025  boleh dijadikan rujukan. Intipati PPPM memfokuskan enam ciri murid yang menjadi aspirasi negara iaitu murid berpengetahuan, berkemahiran berfikir, berkemahiran mempimpin, berkemahiran dwibahasa, beretika dan berkerohanian serta mempunyai identity nasional.

"Berdasarkan Falsafah Pendidikan Kebangsaan dan PPPM murid dinilai dalam semua program dan aktiviti kurikulum dan kokurikulum yang disertainya. I-Mathstari merupakan platform terbaik dalam penterjemahan kemenjadian murid secara holistic.

"Tiga nilai utama yang diperkenalkan oleh YAB Menteri Pendidikan Dr Maszlee Malik iaitu kasih sayang (love), kegembiraan (Happiness) dan hormat-menghormati (mutual respect) juga dapat kita lihat dengan jelas sepanjang pertandingan hari ini. Para peserta bertanding dengan penuh semangat muhibbah tanpa mengira latar belakang masing-masing," jelasnya.

Menurutnya, sekolah sebagai organisasi pembelajaran yang berkesan juga adalah pusat proses sosialisasi bermula. Dengan himpunan seramai 1500 peserta yang yang terdiri daripada murid sekolah rendah dalam karnival ini sudah pasti objektif utama penganjuran karnival telah tercapai.

"Melalui persembahan anak anak cilik berbakat besar ini beliau yakin aspirasi murid seperti atribut pengetahuan, kemahiran memimpin, kemahiran dwi bahasa, kemahiran berfikir aras tinggi, nilai-nilai murni dn identiti nasional terserlah dalam aktiviti- aktiviti yang mereka sertai," katanya.

Sempena karnival itu juga, satu majlis menandatangani sijil jaringan antara pemimpin- pemimpin sekolah dalam dan luar negara juga dilaksanakan.

Ia sudah pasti akan memulakan permuafakatan pendidikan berterusan bagi memartabatkan sistem pendidikan berkualiti.

Dengan terjalinkan jaringan antarabangsa ini, lebih banyak ilmu, budaya dan amalan terbaik dapat dikongsi bersama nanti.

Artikel Menarik:

Cemerlang setiap kali peperiksaan, guru ini gariskan tujuh panduan untuk diikuti

Link Soalan Percubaan UPSR 2019 - Penting untuk calon buat latih tubi

Ustaz Amiro kongsi pesanan dan doa buat calon UPSR