BINTULU - Seramai 171 murid sekolah Kebangsaan (SK) Kampung Nyalau tidak dapat meneruskan sesi persekolahan hari ini, jalan masuk ke kawasan sekolah berkenaan di naiki air pagi ini.

Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Sarawak (JPBNS), Mejar Ismail Mahedi dari Angkatan Pertahanan Awam (APM) Sarawak berkata, berdasarkan laporan diterima dari Jabatan Pendidikan Sarawak, ibu bapa tidak dapat menghantar anak mereka ke sekolah kerana jalan masuk tidak dapat dilalui akibat banjir dan keadaan yang amat merbahaya.

"Kelas ditangguh untuk hari ini, namun guru serta kakitangan pentadbiran masih berada di sekolah,” katanya dalam satu kenyataan pada pagi ini sambil menyatakan SK Kampung Nyalau mempunyai seramai 171 murid, 15 guru dan tiga kakitangan pentadbiran.

Ismail berkata, paras air telah mulai naik secara perlahan sejak petang semalam di kawasan kuarters guru besar, kuarters kakitangan pentadbiran, blok akademik dan blok pentadbiran.

"Guru serta kakitangan pentadbiran dalam keadaan siap siaga untuk menghadapi segala kemungkinan,” katanya lagi. - Bernama

Artikel Menarik:

Guru ini cipta ABM untuk subjek Matematik, bantu murid mudah faham dalam kelas

‘Sedapnya cikgu, tak pernah saya makan ni di kampung,’ - Cikgu sebak, anak murid teruja makan McD

Hebat betul Cikgu ni, hasil mekapnya bagaikan juru mekap kesan khas profesional

Sedikit perkongsian untuk cikgu yang ingin sandang jawatan guru besar/pengetua

Cikgu ini wujudkan kebun sayur depan rumah hingga buat ramai tak sabar nak petik