Sepang - Sebanyak 47 buah mural berjaya dihasilkan dalam tempoh sembilan jam!

Ahli Jawatankuasa Persatuan Ibu Bapa dan Guru SK KLIA, Nor Ashikim Mahmad Redzuan berkata, mural itu dihasilkan ketika Projek Keceriaan Melukis Mural dengan kerjasama mahasiswa Universiti Xiamen Malaysia pada 22 Jun lalu.

"Program babitkan 650 penuntut dan tiga pensyarah itu turut bertujuan menyediakan persekitaran yang menarik di sekolah dan melahirkan guru cekap dalam pengurusan serta pentadbiran sekolah.

"Beberapa lokasi dipilih di sekitar sekolah bagi mewujudkan keceriaan dan mencetuskan kegembiraan dalam kalangan murid sekolah ini," katanya.

Penuntut Universiti Xiamen bertungkus-lumus menyiapkan mural di SK KLIA.

Kata beliau, pelajar dibahagikan kepada 24 kumpulan dan mereka membuat lakaran di beberapa lokasi yang ditentukan untuk mural.

Menurut Nor Ashikim, lokasi yang terlibat ialah dinding bangunan tangki air (empat rUang), belakang stor dewan terbuka (dua dinding), dinding depan bilik guru (tujuh ruang), depan kelas tahun enam (lima ruang), depan kelas tahun satu (enam ruang), belakang Bilik SPBT (10 ruang), dinding bangunan tangga depan bilik persalinan murid perempuan (tiga ruang), dinding kedai buku sekolah (dua ruang) dan dinding Bilik Bitara (empat ruang).

Keseluruhan jumlah mural yang dihasilkan menerusi program berkenaan ialah 43 buah.

Program tersebut berlangsung dari jam 8 pagi dan berakhir lebih kurang jam 5 petang.

"Program ini tidak akan berjaya tanpa usaha keras Guru Besar SK KLIA Norma Edros, pentadbir, guru, ajk PIBG dan ibu bapa yang memberi sumbangan.

Penuntut dibahagikan kepada 24 kumpulan dan proses bermula dengan membuat lakaran pada dinding.

Penuntut menikmati makan tengah hari yang disediakan penganjur.

Antara lukisan mural yang berjaya disiapkan.

Norma ditemubual penuntut Universiti Xiamen.

AJK PIBG, Hafiz Shamsani ditemubual penuntut Universiti Xiamen.

Artikel menarik:

22 ulasan yang boleh diguna pakai guru untuk slip peperiksaan

Komen bernas Datuk Jalil mengenai isu guru rotan pelajar setelah digelar 'cikgu pondan'

12 punca anak malas belajar... mama papa wajib sedar serta selesaikan segera!

Tujuh teknik belajar saat akhir terbaik dan berkesan setiap pelajar perlu tahu

Cikgu takkan menyesal guna cara ini tarik minat murid lemah belajar