MERSING - Pecutan akhir bagi menghadapi Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR), Sekolah Kebangsaan (SK) (LKTP) Nitar 2 mengadakan tiga program serentak dengan turut disertai murid SK LKTP Nitar 2.

Seramai  63 calon UPSR SK LKTP Nitar 2 dan lapan murid SK LKTP Nitar 1 menyertai program itu yang meliputi Bengkel Teknik Menjawab Matematik, Program Kecemerlangan UPSR 2019 dan STEM dalam PdPc Matematik.

Dianjurkan Unit Kecemerlangan UPSR SK LKTP Nitar 2 dan Kumpulan Aspirasi Guru Matematik Malaysia (KAGUMM), program bertujuan memberi pendedahan terhadap teknik menjawab soalan Matematik, perkongsian teknik mudah menjawab dan pengenalan aktiviti STEM dalam PdPc Matematik.

Penceramah yang juga Guru Matematik SK Sri Serdang, Suzana Ali berkata, bengkel itu amat bermanfaat untuk calon UPSR kerana memudahkan murid memahami aktiviti STEM dalam PdPC Matematik.

Selain Suzana, dua lagi penceramah yang turut terlibat ialah Roshila Mohd Saufi (Setiausaha KAGUMM) dan Jezdiani Janal (SK Puchong Indah).   

Sementara itu, Guru Besar SK LKTP Nitar 2, Mohd Shaari Embong mengharapkan program sebegini akan diteruskan di masa akan datang.

“Pembelajaran Matematik sangat menyeronokkan dan meningkatkan minda. Harapnya kita dapat melahirkan generasi yang meminati subjek Matematik kelak,” ujarnya.

Tiga penceramah, dari kiri: Suzana, Roshila dan Jezdiani sebelum bermulanya aktiviti STEM.

Aktiviti 'hands-on' yang sangat memudahkan murid memahami konsep.

 Roshila memberi tunjuk ajar cara dakwat digital kepada rakan guru yang turut serta dalam bengkel tersebut.

jpg

Peserta berjaya menghasilkan 'catapult' untuk aktiviti STEM dalam PdPC Matematik.

Peserta bersama jawatankuasa dan penceramah.

REAKSI

1) "Bengkel Matematik yang paling menyeronokkan dan memberi banyak impak positif terhadap pembelajaran."

- Raja Nur Syahidah Raja Hairunizam

(Murid Tahun Enam)

2) "Belajar Matematik sambil bermain memang 'best', tak terasa penat atau jemu."

- Muhammad Badrol Hisyam Mohd Saiful

(Murid Tahun Enam)

3) "Menyeronokkan dan menghiburkan. Ia dapat meningkatkan pemikiran KBAT secara tidak langsung dan dapat menyusun strategi secara cepat, mudah dan tepat."

- Muhammad Afiq Iskandar Mohd Haniam

(Murid Tahun Enam)

Artikel Menarik:

Berkat kegigihan tiga guru ini, pasukan bola dari sekolah di tengah belantara muncul juara MSSD

"Berehatlah muridku..."- Catatan hati guru arwah Mejar Zahir ini buat ramai sebak

Ramai meremang dengar suara merdu dua cikgu cantik dari Kuala Pilah ini

'Canteknya' - Enam pelajar ini terkejut dapat pujian daripada Raja Permaisuri Agong