LIMBANG - Seramai 142 murid Sekolah Kebangsaan (SK) RC Kubong tidak dapat meneruskan sesi pembelajaran hari ini setelah kawasan persekolahan dinaiki air akibat hujan lebat pagi tadi.

Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Sarawak, Mejar Ismail Mahedin daripada Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Sarawak berkata penutupan sekolah dibuat berikutan kawasan sekolah ditenggelami air sedalam tiga kaki.

"Sekolah tersebut mempunyai seramai 142 murid, 11 guru dan tiga kakitangan pentadbiran,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Dalam kenyataan yang sama, beliau berkata sekolah tersebut tidak dijadikan pusat pemindahan sementara. - Bernama

Artikel Menarik:

Guru ini cipta ABM untuk subjek Matematik, bantu murid mudah faham dalam kelas

‘Sedapnya cikgu, tak pernah saya makan ni di kampung,’ - Cikgu sebak, anak murid teruja makan McD

Hebat betul Cikgu ni, hasil mekapnya bagaikan juru mekap kesan khas profesional

Sedikit perkongsian untuk cikgu yang ingin sandang jawatan guru besar/pengetua

Cikgu ini wujudkan kebun sayur depan rumah hingga buat ramai tak sabar nak petik