SEKINCHAN - Skuad Patrol Denggi Sekolah Kebangsaan (SK) Pasir Panjang komited membanteras wabak denggi menerusi pelbagai aktiviti kesedaran kepada masyarakat setempat.

Penyelaras Skuad Patrol Denggi sekolah itu, Rahmah Jaafar berkata, skuad itu dianggotai 40 murid dan 10 guru pembimbing.

“Mereka menjadi duta kecil masyarakat dalam usaha memberi kesedaran dan kefahaman kepada warga sekolah serta masyarakat mengenai bahaya denggi,” katanya.

Rahmah berkata, pelbagai program kesedaran dirancang dan dilaksanakan Skuad Patrol Denggi sekolah berkenaan.

“Antaranya ialah gotong-royong, edaran risalah mengenai denggi, kuiz, seni persembahan, pertandingan reka cipta replika aedes dan penyebaran maklumat di media sosial mengenai bahaya penyakit itu,” katanya.

Menurutnya, skuad itu turut aktif membawa slogan ‘Hapus Aedes Bebas Denggi’ dalam setiap program.

Beliau memberitahu, sekolah berkenaan menjalin kerjasama dengan pelbagai pihak dan agensi termasuk Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) Sabak Bernam, Pusat Kegiatan Guru (PKG) Pasir Panjang dan PKG Sungai Tawar.

“Melalui kerjasama dengan pelbagai pihak usaha membanteras wabak denggi menghasilkan kesan positif kepada kesejahteraan masyarakat secara keseluruhannya,” katanya.

Artikel lain:

Orang luar seronok naik bot, tapi kami di sini sengsara' - Ini luahan Orang Asli

Mohon EGtukar tapi tak pernah lulus - Akhirnya guru ii buat 'sesuatu' dan keputusannya mengejutkan

'Pelaksanaan program akademik, kelas tambahan atas permintaan guru dan murid' - Majlis Guru Besar

Gurindam Buskers dendang lagu "Ku Pohon Restu Ayah Bonda'... suara adik ini buat hati tersentuh

Pernah dirotan dan ditampar guru... kini siapa sangka Firdauz dah jadi 'orang kuat' di sekolah