SHAH ALAM - Negara kita telah isytihar Perintah Kawalan Pergerakan selama 14 hari bermula 18 hingga 31 Mac untuk mencegah penularan baharu wabak COVID-19.

Di sini kami kongsikan soalan lazim (FAQ'S) berkaitan Perintah Kawalan Pergerakan Kementerian Pendidikan (KPM).

1. Adakah pelajar perlu ke sekolah/Kolej Matrikulasi (KM)/Institut Pendidikan Guru (IPG)?

Tidak.

2. Adakah guru-guru/kakitangan KM dan IPG dikehendaki hadir ke sekolah/kampus?

Tidak perlu, kecuali jika berlaku kecemasan atau dengan arahan daripada KPM.

3. Adakah pengawal keselamatan perlu bertugas di sekolah/KM/IPG?

Mesti menjalankan tugas seperti biasa.

4a. Adakah pekerja kontrak kebersihan perlu bertugas di sekolah?

Perlu hadir pada 30 dan 31 Mac 2020 sahaja atau mengikut arahan KPM.

4b. Adakah pekerja kontrak kebersihan perlu bertugas di KM dan IPG?

Ya, sekiranya masih ada pelajar dan warga kampus. Jika tiada pelajar dan warga kampus, perlu hadir pada 30 dan 31 Mac 2020 sahaja atau mengikut arahan KPM.

5. Adakah pendaftaran Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Gred DG41 pada 23 Mac 2020 akan diteruskan?

Tidak. Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Gred DG41 perlu melaporkan diri pada 6 April 2020.

6. Adakah Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Gred DG41 secara lantikan kontrak bagi fasa satu tahun 2020 (SK dan SJKC) perlu melaporkan diri pada 6 April 2020?

Tidak. Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Gred DG41 secara lantikan kontrak bagi fasa satu tahun 2020 (SK dan SJKC) perlu melaporkan diri pada 15 April 2020.

7. Bagaimana dengan guru-guru dan warga KPM lain yang tamat cuti khas (cuti belajar, cuti tanpa gaji dan sebagainya) sebelum 31 Mac 2020?

Guru-guru dan warga KPM yang terlibat hanya perlu memaklumkan kepada Bahagian Biasiswa dan Pembiayaan melalui e-mel dan melaporkan diri pada 1 April 2020.

8. Adakah sambutan Festival Hari Guru Malaysia 2020 akan diteruskan pada 28 Mac hingga 31 Mac 2020?

Tidak diteruskan.

9. Adakah majlis Gerakan Massa #Terimakasihcikgu diteruskan pada 1 April 2020?

Tidak diteruskan.

10. Apakah tindakan yang perlu dilaksanakan oleh warga KPM yang baru pulang dari luar negara?

Dikehendaki menjalani pemeriksaan kesihatan sewaktu ketibaan dan melakukan kuarantin secara sukarela (self quarantine) selama 14 hari.

11. Siapakah essential employees dalam konteks essential services di KPM?

Kakitangan yang mengendalikan hal ehwal kewangan, keselamatan dan kebersihan. Walau bagaimanapun, bilangan kehadiran hendaklah pada kadar minimum. Rujuk kepada jawapan 3, 4a dan 4b yang berkaitan pekerja kontrak keselamatan dan kebersihan.

12. Adakah penutupan sekolah semasa Perintah Kawalan Pergerakan berlangsung ini perlu diganti?

Tidak.

13. Bilakah pelajar perlu kembali semula ke asrama sekolah/KM/IPG?

Pada 1 April 2020 atau pada tarikh lain yang akan dimaklumkan kelak.

14. Adakah pelajar di KM dan IPG yang masih menginap di asrama selepas tarikh berkuat kuasa Perintah Kawalan Pergerakan (18 Mac 2020) boleh pulang ke rumah?

Berdasarkan Perintah Kawalan Pergerakan, pelajar di KM dan IPG yang belum pulang mesti kekal berada di asrama. Kebajikan pelajar di KM dan IPG diuruskan oleh pihak pengurusan kampus dan warden asrama. Tindakan ini juga selaras dengan arahan untuk mengelakkan penularan jangkitan COVID-19.

15. Adakah murid boleh menghadiri aktiviti lain seperti tuisyen, kelas tambahan, latihan sukan dan kegiatan kokurikulum?

Tidak boleh.

16. Adakah semua premis KPM ditutup?

Ya. Semua prasekolah, sekolah kerajaan dan swasta termasuk sekolah harian, sekolah berasrama penuh, sekolah antarabangsa, sekolah ekspatriat, pusat tahfiz, kolej dan pusat GENIUS dan lain-lain institusi pendidikan rendah, menengah dan pra-universiti serta Institut Pendidikan Guru ditutup sepenuhnya dalam tempoh  tersebut.

Namun begitu, kemudahan asrama disediakan seperti biasa kepada semua pelajar KM dan IPG yang masih tinggal di asrama.

Semua bahagian dan agensi bawah Kementerian Pendidikan Malaysia, Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) dan Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) juga ditutup.

Sumber:  KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA, 18 MAC 2020

BOLEH JUGA DAPATKAN DALAM FILE PDF DI SINI

Artikel lain:

Jom cikgu sepakat bersama berganding bahu #DudukRumah

Sempena cuti Perintah Kawalan Pergerakan, anda boleh buat ini manfaat masa

PM umum Perintah Kawalan Pergerakan tapi cikgu ini pula yang pening

Cikgu kena tahu 10 pantang larang ini bila pindah sekolah baru

Pengetua SMKA Naim Lilbanat kongsi tip lonjak keputusan SPM 2019 - Boleh jadi panduan sekolah lain