JOHOR BAHRU - Bertemakan 'Movie Character', guru-guru Sekolah Kebangsaan (SK) Nong Chik di sini menyambut Hari Guru dengan mengenakan pakaian yang pelbagai karakter pada 25 April lalu.

Guru Matematiknya, Mohd Zul Azmi Abd Rashid berkata, sambutan Majlis Hari Guru kali ini amat meriah apabila semua guru dan murid cukup 'sporting'.

"Tema tahun ini adalah idea Kelab Bilik Guru dan Staf (Kebirus) sebenarnya. Ianya jadi lebih meriah kerana Kumpulan Sokongan Ibu Bapa (KSIB) dan Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) sekolah yang uruskan semuanya.. Kami cikgu-cikgu hanya diraikan sahaja," katanya.

Pada hari tersebut, Cikgu Mohd Zul Azmi menggayakan kostum berwatakkan Hantu Kak Limah.

"Saya mendapat idea itu 'last minute' asalkan ikut tema.. saya cari kostum yang sehabis jimat.

"Untuk watak Hantu Kak Limah tu, saya pinjam baju kurung kerani kewangan sekolah saya dan kain batik isteri. Rambut je saya sewa RM50.. ada tempat lagi murah RM30, namun dah habis," jelasnya.

Sementara itu, Cikgu Nurul Sharianti Shahuri turut mengucapkan terima kasih kepada KSIB yang sentiasa bekorban masa, tenaga dan wang ringgit.

"Semoga ukhwah kami #wearenongchik berkekalan selamanya dan moga Allah memberi kejayaan kepada anak-anak.

"Momen yang sangat membahagiakan apabila melihat anak murid menyorak kegembiraan melihat aksi kami guru-guru," ujarnya.

Selain itu, turut diadakan persembahan guru-guru mengikut rumah sukan masing-masing sebagai kemuncak majlis.

#wearenongchik

ARTIKEL LAIN:

'Saya harap pihak USIM timbang kemasukan anak.. keputusan SPM dia dah berubah.' - Bapa

Dua lepasan SPM ini terkejut subjek Gagal, rupa-rupanya A setelah semakan semula dibuat

Amanat Menteri Pendidikan Tahun 2019 - Ini teks penuh ucapan Maszlee

Tajau usia 500 tahun perlu dimusnahkan..Ustaz Malik mahu Aki jujur bercerita dan ini yang berlaku

Tak jadi marah bila tengok tulisan murid tahun 6, Cikgu Norashikin dedah siapa pemilik tulisan ini