Shah Alam - Cemerlang dengan kemenangan besar dalam pertandingan World Scholar's Cup, Global Round di Beijing, China, Sekolah Seri Puteri (SSP) sekali lagi menjulang nama negara ke peringkat antarabangsa pada konsert pembukaan 30th Australian International Music Festival (AIMF 2019) yang berlangsung di Sydney, Australia.

Kumpulan Orkestra Simfonik Wind Seri Puteri (SPWinds) SSP melakar sejarah setelah berjaya memenangi pingat emas apabila menampilkan persembahan bertenaga pada konsert itu yang bermula sejak 3 Julai lalu.

Artikel berkaitan: Tahniah! Pelajar Sekolah Seri Puteri bolot 27 emas, 41 perak, tewaskan peserta dari 39 negara

Pengerusi Kumpulan Sokongan Ibu Bapa SPWinds, Adzman Shah berkata, SPWinds yang dipilih mewakili Malaysia telah mengadakan persembahan di City Recital Hall, Sydney Opera House dan Chatswood Concourse.

“AIMF 2019 merupakan pertandingan antarabangsa anjuran World Project yang disertai 1,400 peserta daripada 35 negara.

“SPWinds yang dianggotai 56 pelajar berusia antara 13 hingga 17 tahun diberi penghormatan mengadakan persembahan pada acara pembukaan AIMF kali ini,” katanya dalam satu kenyataan kelmarin.

Delegasi SPWinds mendapat sokongan daripada beberapa syarikat korporat seperti Pharmaniaga Berhad, Ariffin Architect Sdn Bhd, Jakel Group, Maybank Foundation, Malaysia Airlines Berhad (MAS) dan AbleAce Raakin Sdn Bhd yang telah menyumbang pada Majlis Makan Malam Amal dan Konsert Flourishes 2019 pada 29 Jun 2019.

Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah dan Tengku Permaisuri Selangor, Tengku Permaisuri Norashikin selaku Penaung Diraja juga turut berkenan mencemar duli sebagai tetamu Diraja pada malam tersebut.

Baca:

Cikgu ini yakinkan pelajarnya yang subjek Matematik sangat mudah dan ini yang beliau buat...

UPSR makin hampir, sudah bersedia untuk menjadi murid cemerlang?

Tiga jenis makanan ini bantu kuatkan daya ingatan... nombor satu senang nak cari

21 pelajar SMK Taman Desa 2 ke Aceh untuk mantapkan penguasaan bahasa Arab

Wow... tulisan tangan pelajar ini seperti cetakan komputer - Hanya cikgu sahaja faham bila dapat tulisan cantik macam ini