Gelagat calon UPSR .

Mari kita lihat aksi si comel kita.

 

Shah Alam - Guru Penolong Kanan Kokurikulum Sekolah Kebangsaan (SK) Shah Alam, Asliza Awang Sulong (kanan) memberi semangat kepada calon Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR) 2019 sebelum mereka memasuki bilik peperiksaan hari ini. Seramai 87 calon UPSR di sekolah itu hadir seawal pagi bagi membuat persediaan sebelum melangkah masuk ke dalam bilik peperiksaan bagi menjawab kertas soalan Bahasa Melayu Pemahaman yang bermula tepat jam 8.15 pagi sehingga 9.30 pagi.

 

Johor Bahru - Menteri Besar Johor, Datuk Dr Sahruddin Jamal (kanan) melihat tangan murid Tahun Enam, Muhammad Firaz Alfydh Faizzul Fajri, 12, yang patah akibat terjatuh,

ketika hadir untuk menduduki peperiksaan UPSR dengan bantuan jurutulis di SK Temenggong Abdul Rahman 1, hari ini.

 

Johor Bahru - Menteri Besar Johor, Datuk Dr Sahruddin Jamal (kanan) berucap secara santai memberikan kata semangat kepada murid Tahun Enam yang juga calon UPSR di SK

Temenggong Abdul Rahman 1, hari ini.

 

Johor Bahru - Seorang guru mengedarkan air zam-zam dan kismis kepada murid Tahun Enam sebelum mereka memasuki dewan peperiksaan untuk menduduki peperiksaan UPSR di SK Temenggong Abdul Rahman 1 hari ini. SK Temenggong Abdul Rahman 1 turut menerima kunjungan Menteri Besar Johor, Datuk Dr Sahruddin Jamal sebelum peperiksaan bermula. Seramai 89 calon menduduki UPSR di sekolah itu.

Shah Alam - Guru Besar SK Shah Alam, Mohd Amin Bahari (kiri) dan guru pengajar beratur untuk bersalaman bersama calon UPSR 2019 sebelum memasuki bilik peperiksaan di SK Shah Alam, Seksyen 16, hari ini. Seramai 87 calon UPSR di sekolah itu hadir seawal pagi bagi membuat persediaan sebelum melangkah masuk ke dalam bilik peperiksaan bagi menjawab kertas soalan Bahasa Melayu Pemahaman yang bermula tepat jam 8.15 pagi sehingga 9.30 pagi.

 

Shah Alam - Guru dan ibu bapa membaca Yasin ketika hadir menemani anak mereka yang juga calon UPSR 2019 di surau SK Shah Alam Seksyen 16, hari ini.

 

Alor Setar - Murid SK Haji Mohd Shariff ketika menduduki peperiksaan UPSR 2019 hari ini. Seramai 32,163 calon telah mendaftar untuk menduduki peperiksaan di 573 pusat

peperiksaan di Negeri Kedah. Seramai 4,254 petugas peperiksaan telah dilantik bagi memastikan peperiksaan berjalan lancar seperti di jadualkan. UPSR 2019 dijalankan pada 4,5, 10, 11, dan 12 September.

 

Kuala Lumpur - Murid SK Tun Abdul Aziz Majid memasuki dewan peperiksaan bagi menduduki UPSR hari ini. Seramai 199 murid di sekolah itu yang menduduki pemeriksaan UPSR tahun ini.

Putrajaya - Menteri Pendidikan, Dr Maszlee Malik memberi kata-kata semangat kepada calon peperiksaan UPSR semasa melakukan tinjauan di SK Putrajaya Presint 8 (1) hari ini.

Seramai 445,641 calon mendaftar untuk menduduki UPSR pada tahun ini di 8,076 pusat peperiksaan di seluruh negara.

 

Kuala Lumpur - Murid SK Tun Abdul Aziz Majid melakukan persiapan akhir sebelum memasuki dewan peperiksaan bagi menduduki UPSR hari ini. Seramai 199 murid di sekolah itu yang

menduduki pemeriksaan UPSR tahun ini.

 

Putrajaya - Menteri Pendidikan, Dr Maszlee Malik bersama ibu bapa pelajar yang hadir memberi sokongan kepada anak-anak semasa meninjau peperiksaan UPSR di SK Putrajaya

Presint 8 (1) hari ini. Seramai 445,641 calon mendaftar untuk menduduki UPSR pada tahun ini di 8,076 pusat peperiksaan di seluruh negara.

 

Putrajaya - Murid SK Putrajaya Presint 8 (1) memasuki dewan peperiksaan untuk menduduki peperiksaan UPSR hari ini. Kementerian Pendidikan (KPM) dalam kenyataan memaklumkan

seramai 445,641 orang calon, telah mendaftar untuk menduduki UPSR di 8,076 pusat peperiksaan, di seluruh negara.

 

Putrajaya - Murid SK Putrajaya Presint 8 (1) siap sedia untuk menduduki peperiksaan UPSR hari ini.

 

Putrajaya - Dua calon peperiksaan UPSR siap sedia untuk menduduki peperiksaan di SK Putrajaya Presint 8 (1) hari ini.

http://172.20.3.104:8080/polopoly/polopoly_fs/1.929347.1567583539!/image/image.jpg

 

Seremban - Pengarah Jabatan Pendidikan Negeri Sembilan (JPNS), Datuk Pkharuddin Ghazali ketika mengadakan lawatan terhadap calon yang mula menduduki Kertas Bahasa Melayu

bagi UPSR di SK King George V, hari ini.

Seremban - Calon UPSR mula memasuki dewan untuk menduduki peperiksaan Kertas Bahasa Melayu di SK King George V, hari ini.

 

Seremban - Gelagat seorang calon yang mula menduduki Kertas Bahasa Melayu bagi UPSR di SK King George V, hari ini.

 

Johor Bahru - Calon UPSR SK Taman Pasir Putih dekat Pasir Gudang berdoa sebelum masuk ke dewan peperiksaan ketika tinjauan fotoBernama, hari ini. Pada 28 Ogos lepas, seramai 33 murid daripada sekolah berkenaan mengalami simptom muntah-muntah, sesak nafas dan pening kepala berikutan pencemaran bau busuk, dipercayai berpunca daripada loji kumbahan berdekatan. Walau bagaimanapun, daripada jumlah berkenaan, tiada murid yang dirujuk ke hospital dan mereka dibenarkan pulang ke rumah masing-masing selepas menerima rawatan dari klinik kesihatan.

 

 Labuan - Pengawas UPSR, Tham Qin Shu (kiri) memerhatikan calon UPSR masuk ke dewan peperiksaan di SK Bukit Kalam Labuan hari ini. Seramai 80 murid sekolah itu berdaftar

sebagai calon menduduki UPSR tahun ini. Sebanyak 18 pusat UPSR seluruh Wilayah Persekutuan Labuan dengan jumlah keseluruhan calon seramai 1,328 termasuk calon sekolah swasta. UPSR bermula serentak seluruh negara pada 4, 5 dan 10 hingga 12 September. Seramai 117 petugas telah dilantik sebagai pengawas UPSR 2019 di Wilayah Persekutuan Labuan.

 

Labuan - Murid SK Bukit Kalam melafaz ikrar sebelum masuk ke dewan peperiksaan UPSR pagi ini.

Artikel Berkaitan:

Bapa ini kongsi 26 tip dan petua anak peroleh 6A UPSR

Calon UPSR diingatkan jaga kesihatan - Pengarah Pendidikan

Aktiviti luar bilik darjah dihentikan jika jerebu tambah buruk

Teknik menjawab bahasa Inggeris (Penulisan) UPSR untuk murid potensi lulus

UPSR: Agensi siap siaga sebarang kemungkinan di Pasir Gudang