JOHOR BAHRU - Subjek Kesultanan Islam Johor bakal diperkenalkan dalam sukatan pelajaran di sekolah agama di negeri ini pada tahun depan.

Exco Hal Ehwal Islam, Pertanian dan Pembangunan Luar Bandar negeri, Tosrin Jarvanthi berkata, subjek berkenaan diperkenal di semua sekolah agama di negeri ini bagi menjunjung titah Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar.

Menurutnya, silibus Kesultanan Islam Johor itu akan diperkenal di sekolah agama Johor pada tahun depan yang akan dimulakan kepada murid Tahun Satu, Dua dan Tiga kemudian diikuti Tahun Empat, Lima serta Enam pada 2021 dan tahun berikutnya untuk kelas pemulihan khas.

“Susunan silibus Kesultanan Islam Johor mendapat kerjasama Kolej Pengajian Islam Johor (Marsah) dan Jabatan Agama Islam Johor (JAIJ),” katanya selepas merasmikan Majlis Khatam Hafazan al-Quran sesi 2019 yang turut dihadiri Rektor Marsah, Prof. Dr. Abdul Ghafar Ismail di Marsah di sini semalam.

Tosrin berkata, persiapan silibus subjek Kesultanan Islam Johor kini berada di peringkat akhir dan guru yang akan mengajar juga telah diberikan latihan sewajarnya.

Baca:

Zaiton dipilih Ikon Karnival Sukan IPG Kampus Ilmu Khas 2019. Tahniah!

Choo Choo Ride tarik minat kanak-kanak naik Skypark Link

MB mahu pihak sekolah dan ibu bapa peka kebersihan elak insiden SK Tanjung Puteri Resort berulang

Angkasa minta kerajaan tumpu pembangunan koperasi sekolah untuk lahirkan usahawan muda

'Hasil dapatan dijangka hujung bulan ini' - KKM nafi najis burung antara faktor gangguan kesihatan