Pengetua Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Batu 8 Puchong, Norjah Yusop mengakui, kekurangan dana menyukarkan mereka untuk membuat baik pulih kerosakan infrastruktur sekolah

Menurut beliau, dana yang diperlukan hampir mencecah ratusan ribu ringgit untuk mengecat semula bangunan, membina pagar baru yang lebih baik, dan juga membaik pulih struktur bangunan lama yang banyak kerosakan.

“Sekolah ni sudah dinaik taraf menjadi Kolej Tingkatan Enam. Untuk anak-anak di Puchong Selangor, inilah satu-satunya Kolej Tingkatan Enam yang ada. Namun, sebagai sebuah kolej, infrastrukturnya sangatlah daif, banyak yang perlu diperbaiki. Sekolah ini bermula tahun 1985,  sudah berusia 35 tahun.  Pastilah banyak kerosakan yang perlu dibaik pulih

“Bantuan PCG (Geran Perkapita) KPM adalah sikit, mengikut jumlah pelajar, cukup untuk laksanakan PdP dan keperluan lain. Jika melalui PIBG, sumbangan ibu bapa tidak lah banyak, memandangkan pelajar yang ada pun tak ramai. Sebab tu saya uar-uarkan di facebook, moga ada bantuan yang dapat dihulur oleh bekas pelajar yang pernah bersekolah di sini.

“Lagipun saya memang berhasrat sekiranya bangunan lama ini dapat dicat semula, dibaik pulih dan diceriakan kembali. Kalau dapat bina pagar baru, memang itu yang saya angankan, barulah nampak imej sebuah kolej,”jelasnya.

Orang ramai yang ingin membantu boleh berbuat demikian dengan menyalurkan sumbangan ke akaun bernombor 10533000213-6 MYR (AFFIN ISLAMIC BANK) atau Menghubungi terus Pengetua Kolej Tingkatan Enam Puchong (KTEP) - 0109003457. YDP PIBG KTEP, Shaifulizam Omardin - 012 2803846 atau Setiausaha PIBG KTEP, Rozian Mohd Zain - 019 4700479.

Dinding yang sudah berlumut

Sudah lama tidak dicat semula

Kerosakan pada dinding

Banyak yang perlu diperbaiki

SMK Batu 8 Puchong

Perlu diceriakan kembali

Cat yang sudah mula terkopek

Artikel berkaitan:

Cikgu McNor ajar empat langkah mudah buat sendiri cecair basmi kuman dengan kos hanya RM22 untuk satu liter

Sekolah perlu rancang SOP sendiri, pastikan pelajar patuh jarak sosial

Teruskan PdP dari rumah, pastikan murid dapat ilmu - Timbalan Menteri Pendidikan II

Demi cikgu, murid sanggup jual tin untuk beli kek hari lahir

'Cikgu Aminah bagai ibu kami, bila dia sakit giliran kami pula berbakti'