JOHOR BAHRU - Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar berkenan membiayai kos perubatan pelajar Tingkatan 2 Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Dato’ Bentara Dalam, Segamat yang disahkan menghidap kanser tulang sejak tahun lalu.

Beban kewangan keluarga untuk menanggung kos perubatan Abdul Azim Mohd Rohazar, 14, yang menetap di Perumahan Awam Bukit Siput, Segamat mendapat perhatian baginda.

Menurut status di Facebook The Royal Johor, Permaisuri Johor, Raja Zarith Sofiah Sultan Idris Shah berkenan menziarahi Abdul Azim dan memberikan kata-kata semangat kepada remaja lelaki itu dan keluarganya semalam.

Baginda menyampaikan sumbangan cek daripada Sultan Johor kepada ibu remaja berkenaan, Junaidah Abdul Hamid bagi pembiayaan kos rawatan di Hospital Universiti Sains Malaysia Kubang Kerian, Kelantan yang dijangka bermula minggu ini.

Abdul Azim tidak dapat hadir ke sekolah sejak Januari lalu atas nasihat doktor.

Baca:

Ibu nak anak cepat pandai, mungkin enam teknik orang Jepun didik anak ini boleh bantu

SK Bakong raih keuntungan RM15,000 setahun - Tukar kantin sekolah jadi bangsal cendawan

Guru ini peluk murid istimewa, macam anak sendiri. Inilah dunia cikgu...

22 ulasan yang boleh diguna pakai guru untuk slip peperiksaan

Pelajar pengganti guru, jadi mentor dalam jkelas - Patutlah pelajar Cikgu Afiffi seronok