KUALA LUMPUR - Pemberian sumbangan oleh menteri, timbalan menteri atau wakil rakyat kepada  Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) bukanlah perkara luar biasa.

Menteri Pendidikan, Dr Maszlee Malik berkata, mereka sentiasa menerima  surat permohonan sumbangan daripada PIBG termasuklah ketika Pilihan Raya Kecil (PRK).

Menurutnya, beliau juga kerap menerima surat  permohonan sumbangan termasuk daripada PIBG.

“Memang permohonan PIBG bukan sahaja dari Tanjung Piai tetapi dari seluruh negara. Mereka nak buat acara, ada yang anak murid hendak bertanding di luar negara, ada untuk penyelenggaraan, hari sukan dan lain-lain lagi.

“Jadi, bagi saya menteri memang biasa terima  banyak permohonan seperti itu. Apabila mereka ke mana-mana, mereka akan memberikan sumbangan berdasarkan permintaan daripada PIBG," katanya kepada pemberita di lobi Parlimen semalam.

Beliau berkata demikian  sebagai mengulas pendedahan dalam akaun Facebook bahawa Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Seri Salahuddin
Ayub yang juga Ahli Parlimen Pulai menyampaikan sumbangan sebanyak RM5,000 kepada Sekolah Rendah Jenis Kebangsaan Cina Pei Chio,
Kukup Laut di Tanjung Piai.

Kelmarin, Salahuddin berkata, tiada undangundang khusus di Malaysia yang mengehadkan pemberian sumbangan oleh seorang menteri kepada sekolah pada waktu pilihan raya.

Artikel Menarik:

'Tak jadi marah bila tengok tulisan murid tahun enam' - Cikgu Norashikin dedah siapa pemiliknya

22 ulasan yang boleh diguna pakai guru untuk slip peperiksaan

'Macam-macam jumpa, kadang-kadang dah anggap seperti perkara biasa' - Guru luah apa yang dilalui

Tak berganjak walau seminit...kesetiaan murid UPSR temani rakan berkerusi roda buat netizen sebak