KUALA LUMPUR - Guru tidak seharusnya merotan pelajar perempuan terutama pada bahagian badan yang tidak sepatutnya.

Timbalan Menteri Pendidikan, Teo Nie Ching berkata, larangan itu tertakluk kepada ketetapan yang dibuat Kementerian Pendidikan menerusi garis panduan dalam pengurusan disiplin dan kuasa merotan murid di dalam Peraturan 5, Ordinan Pelajaran 1957.

“Hukuman rotan adalah tidak dibenarkan untuk pelajar perempuan dan hukuman kepada pelajar lelaki hanya dihadkan kepada merotan di tapak tangan atau di punggung yang berlapik dengan pakaian di bawah kuasa guru besar,” katanya kepada sebuah portal berita semalam.

Artikel berkaitan:

Kes tular pelajar dirotan, bagi aku yang merakam itulah paling jahat

Bekas pelajar tampil pertahankan tindakan guru

'Dari kecil kita jaga hingga sekolah menengah, suka hati pula cikgu nak merotan' - Baca dulu

Nie Ching

Nie Ching berkata demikian ketika mengulas mengenai kewajaran tindakan seorang guru yang merotan di beberapa bahagian badan seorang pelajar perempuan kerana berkelakuan biadab di sebuah sekolah menengah di Skudai, Johor baru-baru ini.

“Saya yakin perkara ini akan dapat diselesaikan dengan baik dan saya juga ingin memohon agar semua pihak dapat bertenang.

“Berikan ruang kepada Jabatan Pendidikan Johor dan pihak polis untuk menjalankan siasatan,” kata beliau

SYARAT MEROTAN PELAJAR DALAM PERATURAN 5 DI BAWAH ORDINAN PELAJARAN 1957

1. Hukuman dera adalah dilarang kepada murid perempuan dan hukuman dera kepada murid lelaki dihadkan kepada merotan dengan rotan yang ringan di tapak tangan ataupun di punggung yang berlapik dengan pakaian di bawah kuasa guru besar.

2. Melaksanakan hukuman merotan juga hendaklah sebahagian daripada proses pendidikan dan bukan sahaja tertakluk kepada alat untuk merosakkan fizikal dan mental murid.

3. Hukuman rotan dilarang dilaksanakan di bilik terbuka untuk mengelak keadaan menjatuhkan maruah murid.

4. Hukuman merotan tertakluk kepada tiga jenis kesalahan iaitu kesalahan berat, kesalahan sederhana dan kesalahan ringan (diberikan amaran)

JENIS KESALAHAN DAN HUKUMAN YANG BOLEH DIKENAKAN

1. Kesalahan Berat Rotan di punggung dengan dilapik pakaian dengan menggunakan rotan ringan (maksimum tiga kali sebatan).

2. Kesalahan Sederhana Rotan di tapak tangan dengan menggunakan rotan ringan (maksimum tiga kali sebatan).

3. Kesalahan ringan diberi amaran dan sesi kaunseling.

Baca:

KPM sedia SOP elak pembelajaran pelajar di sekolah terbabit pencemaran udara terjejas (4 foto)

Rupa-rupanya ini yang Cikgu Jash buat hingga ramai pelajar makin sayang... patutlah

Tragedi bot terjunam ke dasar tasik - Perginya Cikgu Fauzi buat Cikgu Rahman rindu kenangan bersama

Kes buli babitkan pelajar SMK Guntung selesai selepas kedua ibu bapa bertemu, tetapi ini nasihat polis

Bersara selepas 34 tahun berkhidmat sebagai pendidik