Kangar - Kontinjen Perak muncul juara keseluruhan Kejohanan Sofbol Majlis Sukan sekolah Malaysia (MSSM) 2019, sekali gus menamatkan kemarau 13 tahun tanpa gelaran selepas kali terakhir menjuarainya pada 2006.

Perak unggul selepas muncul juara kategori lelaki dan perempuan bawah 12 tahun, tempat kedua kategori lelaki bawah 18 tahun dan di kedudukan keempat bagi kategori wanita bawah 18 tahun.

Hadiah berupa piala disampaikan Pengarah Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) Perlis, Izmi Ismail yang mewakili Timbalan Ketua Pengarah Pelajaran, Datuk Sulaiman Wak, kepada Ketua Unit Sukan JPN Perak, Ahmad Haridan Mohammed.

Perlis menjadi tuan rumah kejohanan yang berlangsung selama lima hari sejak 3 Ogos lepas itu di dua venue, Institut Pendidikan Guru (IPG) Kampus Perlis dan sekolah Menengah Sains Tuanku Syed Putra, Behor Pulai di sini.

Kontinjen Selangor dan Pahang, pula masing-masing di tempat kedua dan ketiga keseluruhan. -  Bernama

Baca: