KISAH tiga kanak-kanak yang dikongsi guru Matematik Sekolah Kebangsaan (SK) Gombak, Cikgu Mohd Fadli Salleh seminggu lalu amat meruntun hati netizen.

Perkongsian kisah Alia, Aimi dan Amin (bukan nama sebenar) mendapat pelbagai reaksi positif pelbagai pihak. Kisah anak yang disyaki didera oleh ibu dan kawannya.

Namun, oleh sebab-sebab tertentu, Cikgu Mohd Fadli disekat untuk melawat mereka buat sementara waktu.

Mari kita ikuti perkongsian beliau.

+++

Ziarah aku kali terakhir, Alia ada bertanya,

"Nanti cikgu datang lagi tak?"

"Mesti. InsyaAllah cikgu akan datang lagi," janjiku padanya.

Dan janji itu sekarang masih diawangan kerana aku tidak mampu tunaikan. Aku disekat untuk melawatnya buat sementara waktu.

Hanya kerana ada pihak marah aku menulis kisah Alia secara terbuka. Alia tunggu ya, sebaik selesai semua cikgu akan segera mencari Alia.

Cikgu tunaikan semua janji cikgu. Cikgu belikan pakaian baru, cikgu tanggung semua kos pembelajaran Alia.

Sabar sekejap ya. Sesungguhnya dihujung kesabaran itu penuh kemanisan. Percayalah!

Banyak kisah tidak boleh aku tulis kerana kes sudah bawah siasatan polis.

Lokasi mereka, alamat, nombor untuk dihubungi dan sebagainya memang aku rahsiakan rapat-rapat. Usah bertanya lagi. Dan mohon faham ya.

Dan tahukah kalian, ada pihak sedang menghasut Alia supaya buat report polis terhadap aku kerana memalukan dia?

Pihak tersebut cuba menutup kesalahan mereka yang banyak dalam kes Alia ini. Siapa pihak itu? Biarlah rahsia dahulu.

Namun nenek dan ayah Alia memang di'side' aku. Mereka mesej, mereka call, mereka ucap terima kasih dan menyokong aku sepenuhnya.

Saya tidak pernah memyebarkan gambar Alia tanpa di'blurkan' wajahnya.

Dan tahukah kalian, Alia itu bukan nama sebenar anak comel ini? :)

Betapa saya menjaga kerahsiaan identiti Alia sejak hari pertama saya menulis lagi.

Tapi mereka yang berhati busuk sentiasa tidak puas hati.

Tak apa, Alia, kalian dan Allah bersama saya.

 

Walau bagaimanapun ramai yang menyokong Cikgu Mohd Fadli dan memberi kata-kata semangat kepada beliau.

 

 

ARTIKEL TERDAHULU:

SIRI 1: "Cikgu, ni parut kawan mak cucuh dengan besi panas.. hampir setiap malam saya tidur di bilik air"

SIRI 2: "Saya makan nasi kosong tanpa lauk cikgu.. dua tiga suap je sekali makan"

SIRI 3 : Alia dan Aimi, ketahuilah ramai orang sayangkan kamu.. syukur kalian diselamatkan