“Tenang bila tengok tulisan student saya yang sorang ni. Tengah marah boleh cool balik.

Demikian kata Cikgu Norashikin Mat Zin, seorang guru dari Sekolah Kebangsaan (SK) Kuala Medang, Kuala Lipis, Pahang.

Menurut Cikgu Norashikin, tulisan cantik dan kemas itu, ditulis oleh anak muridnya dari kelas 6 Ibnu Sina.

“Ini tulisan Alifah Ilyana Mohd Daud.

“Sebelum ini dia memang mempunyai tulisan yang cantik. Tapi kali ini, penulisannya semakin baik dan ramai guru yang memuji,” katanya yang juga guru Bahasa Inggeris kelas 6 Ibnu Sina.

Untuk dapatkan tulisan cantik sebegini, ini kata Cikgu Norashikin.

“Pembetulan wajib buat sebanyak 10 kali bagi setiap ayat yang salah.

“Setiap kali murid saya buat pembetulan, saya akan mintak mereka salin semula jika ada kesalahan yang di buat walau sedikit. Contohnya, huruf tidak di bentuk dengan betul dan tanda baca seperti noktah, koma dan sebagainya yang selalu di pandang ringan oleh murid-murid," katanya.

Walaupun nampak tegas, namun apa yang dilakukan Cikgu Norashikin ini adalah untuk kebaikan murid-muridnya.

“Sangat penting untuk setiap murid miliki tulisan cantik dan kemas.

"Ini kerana, tulisan yang cantik dan kemas..kesalahan dapat diminimakan ketika menduduki ujian terutama ujian penting seperti UPSR,” katanya.

Dalam perkembangan lain, Cikgu Norashikin sempat berkongsi tip bagaimana seorang pelajar mahu mendapatkan tulisan cantik sebegini.

“Ia perlu bermula dari awal persekolahan lagi.

“Misalnya ketika di prasekolah, murid-murid perlu ditekankan dengan tulisan cantik dan kemas. Kemudian, bila murid sudah berada di tahun 6, guru-guru hanya gilap untuk bagi lebih cantik lagi,” ujarnya.

ARTIKEL MENARIK:

Dua lepasan SPM ini terkejut subjek Gagal, rupa-rupanya A setelah semakan semula dibuat

Rahsia nota kecil ditulis pelajar 19 tahun..cikgu ini kongsi isi nota yang buat hatinya tersentuh

Tak berganjak walau seminit..kesetiaan murid tahun 6 temani rakan berkerusi roda buat netizen sebak