BARU-baru ini Azhan Rani, yang popular dengan watak Ustaz Hamadi dalam drama bersiri Nur 2, telah berkunjung ke sekolah lamanya, iaitu di Sekolah Rendah Kebangsaan Satu, Kuala Kubu Bharu ( Sekolah Kebangsaan Kuala Kubu Baharu 1).

Tidak sangka pula kunjungan itu, telah menemukan Azhan dengan Guru Muzik yang pernah mengajarnya dahulu. Lebih mengharukan, guru tersebut juga masih lagi ingat dan sentiasa menanti kedatangan anak muridnya yang kini bergelar pelakon popular.

“Awal tahun 80 dulu aku kat sini dari kelas 1 Putih sampai kelas 6 Putih.. aku tak ada scene kat sini.. saja datang nak jenguk sekolah lama. Rezeki hari ni kebetulan aku jumpa Cikgu Muzik aku, Cikgu Norhayati. Aku sendiri tak sangka dia masih mengajar di sini. Sekarang cikgu ada sakit saraf dan terpaksa guna kerusi roda. Rupanya dia memang tunggu aku.. Allahuakbar ALLAH saja tahu perasaan aku bila cikgu ni masih tunggu aku.”

Azhan turut berkongsi kenangan itu di instagram miliknya. Dalam posting tersebut, Azhan turut menzahirkan ucapan terima kasih kepada Cikgu Norhayati kerana pernah mendidik, menegur dan mengajarnya, sehingga dia menjadi seorang ‘Azhan Rani.’

Biarpun dirinya dianggap sebagai bekas pelajar yang menjadi kebanggaan guru dan juga sekolah, namun pelakon serba boleh ini tetap merendah diri, dan terus beranggapan dirinya masih lagi cetek ilmu, tetapi akan terus berusaha untuk berjaya.

Ikuti perkongsian Azhan…

“Hari ini telemovie #sesekali dari @unitdramatvrtm berlokasi di sekolah lama aku.. #sekolahrendahkebangsaansatu #kualakububharu.. awal tahun 80 dulu aku kat sini dari kelas 1 putih sampai kelas 6 putih di sini.. aku takde scene kat sini.. saja datang nak jenguk sekolah lama.. rezeki hari ni kebetulan aku jumpa cikgu muzik aku.. aku sendiri tak sangka dia masih mengajar di sini.. #cikgunorhayati 58 . sekarang dia ada sakit saraf dan terpaksa guna kerusi roda. rupanya dia memang tunggu aku.. Allahuakbar Allah saja tau perasaan aku bila cikgu ni masih tunggu aku. aku bukanlah student favourite dia dulu. aku malas, aku nakal masa tu, aku pernah kena ketuk dengan recorder sebab aku tak pandai main recorder dulu.. tapi hari ni aku nak ucap terima kasih dengan dia kerana dia aku di sini hari ni. kalau tak kerana teguran dia cabaran dia aku sendiri tak tau aku jadi apa sekarang. walaupun hari ini katanya aku jadi kebanggaan dia dan sekolah ni.. hakikatnya ilmu aku masih tak lengkap. aku masih lagi si bodoh yang cetek ilmunya.. dan aku masih si degil yang tak akan berputus asa dengan jalanku. cikgu terima kasih atas ilmu dan kasih sayangmu. minggu depan dia nak bersara katanya.. semoga Allah gandakan rahmat atas budi dan jasamu mendidik kami guruku ❤”️

Perkongsian Azhan tentang gurunya, Cikgu Norhayati turut mendapat reaksi ramai.

Masih hormati guru

Cikgu kami juga

Terima kasih Cikgu Norhayati

ARTIKEL MENARIK:

"Li, kau buat apa pula ni?" - Soal PK Hem apabila peguam sampaikan surat mahkamah

Dia bukan pelajar contoh sekolah, nak sarung uniform pengawas pun jauh sekali tapi kini...

Memang wajar guru ini menang Adiwira PAK21, Cikgu Nazmi berjaya bawa segala ilmu dalam kelasnya