KULAI - Bermula dengan program berskala kecil pada 2018 dengan niat ingin berkongsi ilmu mengenai peranan Guru Perpustakaan dan Media (GPM), guru ini tidak sangka sambutan pada kali kedua program yang dilaksanakan pada tahun lalu mendapat penyertaan 300 guru.

Program Innovative, Futuristic, Library, Academia (IFLA 2.0) yang dselaraskan GPM Cemerlang Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Seri Pulai Perdana, Kulai, Johor serta Ikon GPM 2018 peringkat kebangsaan, Shah Ridha Abdul Jalil yang dianjurkan selama dua hari bermula 7 Disember lalu mendapat penyertaan guru dari seluruh negara.

Pengawas PSS yang bertugas sebagai urusetia IFLA 2.0 bersama Azman.

Berlangsung di Auditorium, Jabatan Pendidikan Johor (JPNJ), IFLA 2.0 dianjurkan Persatuan Penasihat Pusat Pumber Negeri Johor, JPNJ, Bahagian Teknologi Pendidikan Negeri Johor dan Pusat Sumber SMK Seri Pulai Perdana.

"Program tersebut IFLA 2.0 merupakan perkongsian ilmu pengurusan pusat sumber sekolah.

"Seramai 300 guru dari seluruh negara termasuk Indonesia dan Singapura telah menyertai kami," kataya.

Menurut beliau, program itu dikelolakan sepenuhnya oleh pengawas pusat sumber SMK Seri Pulai Perdana dan SMK Mutiara Rini sebagai rakan kongsi media.

"Pada program itu, seramai 13 panel hebat berkongsi ilmu dan pengalaman masing-masing.

"Saya bangga dengan sokongan semua pihak, tak sangka idea yang saya buat secara kecil-kecilan pada tahun 2018 dengan 100 peserta dan urusetia semakin mendapat sambutan," katanya.

Peserta berpeluang melawat Pusat Sumber SMK Seri Pulai Perdana.

Sehubungan itu, beliau menjangkakan seramai 700 guru akan terlibat dalam IFLA 3.0 nanti.

Cikgu Shah Ridha berkata, pengawas pusat sumber sekolah itu sememangnya dibimbing untuk mengurus pelbagai aktiviti dan program.

"Demi memastikan kemenjadian pelajar, mereka ditugaskan mengurus semuanya termasuklah pendaftaran, juruacara, penginapan peserta, pengangkutan, makan minum dan sebagainya," jelasnya.

Justeru beliau akan mengadakan program itu setiap tahun dan berharap IFLA 2.0 dapat membuka minda GPM yang hadir mengenai bagaimana mengurus pusat sumber sekolah secara lebih kreatif.

Azman

Sementara itu, Pengarah JPNJ, Azman Adnan mengucapkan tahniah kepada semua yang terlibat penganjuran program yang menghimpunkan peserta GPM dari seluruh negara, Indonesia dan Singapura dengan 13 kertas pembentangan.

"Kita perlu cari strategi yang inovatif berbanding sekarang. Aspek audio, video dan visual amat penting dalam pendekatan menarik minat membaca generasi Z dan alfa ini.

"Kemahiran bercerita juga perlu dikembalikan pada awal persekolahan murid. Justeru, Pendidikan Hoslitik menjadi slogan JPNJ untuk mendepani cabaran mendatang," katanya.

Cikgu Shah Ridha

Katanya lagi, kita perlu mengubah minda, cara berfikir dan bertindak kepada pembelajaran yang menyeronokkan anak-anak kita supaya impak dari segi keberhasilan mereka dapat kita maksimumkan.

"Prinsip kerja DRONE boleh diaplikasikan dalam gerak kerja kita menjana strategi berimpak tinggi supaya pusat sumber sekolah menjadi entiti sokongan utama di sekolah dalam konteks memandaikan anak-anak kita. Yang lebih penting semua strategi yang kita rancang dan laksanakan mesti berdasarkan 'outcome oriented'.

"Buku adalah jendela ilmu yang akan membuka cekrawala kehidupan manusia. Buku adakah jendela dunia di mana kita dapat melihat isi dunia tanpa melalui perjalanan, hanya cukup dengan membaca satu halaman.

"Bagi anak-anak kita, buku bukan sekadar bacaan tetapi merupakan pengetahuan dan impian untuk masa depan dan masa silam mereka," katanya.


REAKSI

"Saya baru dilantik sebagai GPM pada tahun lalu. Dengan IFLA 2.0 ini saya dapat berkongsi maklumat dan bertukar pendapat dengan GPM seluruh negara dan saya berharap saya berpeluang untuk sertai IFLA3.0 pula." - Norhapizah Dahari, GPM SK Tasik Damai, Ipoh, Perak

"IFLA2.0 telah memberikan saya inspirasi untuk membuat inovasi di sekolah saya." - Aidil Khidir Abdul Habib, GPM SMK USJ 23, Selangor

"Program sebegini sangat memberi inspirasi untuk mengembangkan potensi diri dan menolong kita melancarkan kerja PSS di sekolah." - Hanna Chaterina George, Presiden APISI Indonesia.

Artikel lain:

Kronologi kes jangkitan influenza di sekolah, terkini 164 pelajar dan seorang guru dijangkiti

Guru Cemerlang kongsi tip Sejarah SPM 2020 - Kuasai Kertas 1,2 dan 3 untuk dapat markah penuh

Mak ayah kena buat ini jika mahu anak Tahap Satu cemerlang Matematik tahun 2020

Tip lulus Bahasa Melayu Kertas 2 UPSR 2020