BESUT - Seorang guru lelaki tidak sempat pulang bertugas ke Sekolah Kebangsaan (SK) Madini di Gelang Patah, Johor apabila maut dilanggar kereta ketika melintas jalan di hadapan Masjid Pangkalan Udara Gong Kedak di sini malam kelmarin.

Dalam kejadian kira-kira jam 8.15 malam itu, Adam Shukran Mohd Shukran, 27, yang pulang bercuti di Kampung Nyior Tujuh, Jertih meninggal dunia di tempat kejadian akibat kecederaan parah di kepala.

Mohd Zamri

Ketua Polis Daerah Besut, Superintendan Mohd Zamri Mohd Rowi berkata, ketika kejadian mangsa melintas dari kanan ke kiri jalan dari arah Kuala Besut ke Jertih untuk mendapatkan keretanya di seberang jalan selepas turun dari kereta rakannya.

Bagaimanapun katanya, sebuah kereta Perodua Myvi dari arah Kuala Besut merempuh mangsa.

“Memandangkan jarak terlalu dekat, pemandu kereta berusia 18 tahun itu tidak sempat brek dan terlanggar mangsa,” katanya.

Mohd Zamri berkata, mayat mangsa dihantar ke Unit Forensik Hospital Besut untuk bedah siasat.

Menurutnya, keadaan jalan di sekitar lokasi kejadian agak gelap kerana kurang lampu.

Difahamkan, Allahyarham Adam Shukran dikatakan pulang ke rumah ibu bapanya di sini dan dijadualkan pulang bertugas di Gelang Patah petang semalam.

Guru yang masih bujang itu meninggalkan keretanya berhampiran masjid dan menaiki kereta rakannya untuk keluar minum sebelum dihantar semula ke lokasi kejadian.

Status yang dimuat naik di Facebook SK Medini.

Baca:

Sekolah dikelilingi alat permainan, patutlah 6.30 pagi murid dah datang - Macam dalam filem 3 Idiot!

Amalkan tiga surah resipi lulus cemerlang peperiksaan

Tajau usia 500 tahun perlu dimusnahkan... Ustaz Malik mahu Aki jujur bercerita dan ini yang berlaku

Murid Tahap Satu masih belum kuasai Matematik? Guru subjek ini kongsi tip

Ibu nak anak cepat pandai, mungkin 6 teknik orang Jepun didik anak ini boleh bantu