KULAI - Susulan dari Perintah Kawalan Pergerakan yang diumumkan Perdana Menteri bermula 16 - 31 Mac, sekolah merupakan antara premis yang harus ditutup sepenuhnya dalam tempoh berkenaan.

Sehubungan itu, sekolah disarankan untuk mengambil tindakan proaktif bagi meneruskan pelaksanaan pengajaran dan pembelajaran (PdP) untuk pelajar secara dalam talian bermula 22 — 31 Mac 2020.

Guru dan murid boleh mengakses portal pembelajaran bagi membuat latihan dan tugasan secara individu mahupun berkumpulan serta melaksanakan pentaksiran.

Guru tuan boleh merekodkan pelaksanaan PdP ini sebagai dokumen rasmi.

Bersama-sama ini dilampirkan infografik dan link berkaitan di https://sites.google.com/view/kioskpdpdigital dan https://bit.ly/johor-pdpc-alternatif

Jika terdapat sebarang pertanyaan, sila hubungi Ketua Penolong Pengarah, Unit Teknologi Maklumat dan Komunikasi, Sektor Pembelajaran, Jabatan Pendidikan Negeri Johor, Cikgu Ashaari Omar ditalian 07-2310009 atau 019-6835834.

Sementara itu, Pengarah Pendidikan Negeri Johor (JPNJ), Azman Adnan berkata, langkah tersebut ialah untuk memastikan kita dapat membantu mengatasi defisit pembelajaran kepada anak-anak kita semasa mereka berada di rumah di samping satu sokongan kepada guru dan murid.

"JPN yakin dalam tempoh seminggu cuti persekolahan ini guru-guru telah memberi 'homework' atau nota kepada murid-murid seperti amalan biasa.

"Mohon dipanjangkan kepada semua PGB untuk tindakan selanjutnya oleh guru-guru dan murid-murid kita.

" Semoga semua guru turut mematuhi semua arahan kerajaan dan KPM sepanjang tempoh penutupan dan marilah kita doakan semoga kita semua dihindari daripada wabak Covic-19 ini," tulis beliau di laman Facebook miliknya kelmarin.

Artikel lain:

Jom cikgu sepakat bersama berganding bahu #DudukRumah

Sempena cuti Perintah Kawalan Pergerakan, anda boleh buat ini manfaat masa

PM umum Perintah Kawalan Pergerakan tapi cikgu ini pula yang pening

Cikgu kena tahu 10 pantang larang ini bila pindah sekolah baru

Pengetua SMKA Naim Lilbanat kongsi tip lonjak keputusan SPM 2019 - Boleh jadi panduan sekolah lain