KUALA NERUS - Seramai 24 kakitangan Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA) yang telah bersara pada tahun 2020, diraikan pada Majlis Jasamu Dikenang, di Dewan Perdana, baru-baru ini.

Majlis yang berlangsung secara ringkas dan mengikut SOP itu dihadiri Naib Canselor UniSZA, Prof Datuk Dr Hassan Basri Awang Mat Dahan.

Beliau dalam ucapannya berkata, pesara UniSZA diberi kebenaran untuk masuk ke kampus dan boleh menggunakan sebarang kemudahan dan fasiliti seperti perpustakaan, gimanasium dan laman selera.

Sementara itu, pesara yang diraikan menerima sumbangan cenderahati dari UniSZA iaitu plak, jam dinding, kain tenun dan al-Quran tafsir yang disampaikan Naib Canselor.

Majlis anjuran Pejabat Pendaftar diadakan setiap tahun bagi meraikan kakitangan yang telah mencurah bakti dan bertugas penuh setia sepanjang berkhidmat di UniSZA.

Warga UniSZA mengucapkan terima kasih dan jasa kalian sentiasa dikenang.

Terdahulu, UniSZA merupakan salah sebuah Universiti Awam (UA) yang terletak di negeri Terengganu Darul Iman. Universiti ini menawarkan pelbagai kursus pengajian di peringkat pengajian asasi, diploma, sarjana muda, sarjana dan doktor falsafah.

UniSZA melaksanakan sistem pengajian berpandukan sistem semester. Tahun akademik dibahagikan kepada dua semester lazim iaitu Semester I dan Semester II.  Di samping dua semester lazim ini, terdapat satu semester pendek iaitu Semester III (Semester Khas) yang diadakan dalam masa cuti  pada akhir tahun akademik.

Universiti ini menyediakan kemudahan seperti Perpustakaan, Bengkel dan Makmal Komputer berasaskan aplikasi dan amalan, ruang kuliah, perkhidmatan pelajar dan koperasi, pengangkutan, kolej kediaman yang kondusif, perkhidmatan kaunseling dan kerjaya, kafeteria dan juga mesin ATM dalam kampus.

Sumber: Portal UniSZA

Artikel menarik

'Saya belum sezalim itu cikgu. Itu bukan cara saya mentadbir sekolah'

Guru sukarela deko kelas kerana minat dan kepuasan diri, bukan dipaksa atau terpaksa