Kuala Terengganu - Seramai 119 guru Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Padang Midin mengenakan pakaian seragam sekolah sebagai gimik sempena majlis sambutan Hari Guru bertemakan ‘back to school’ yang diadakan di sekolah itu, kelmarin.

Apa yang menarik, kesemua guru menaiki bas sejauh tiga kilometer menuju ke sekolah sambil merakam nilai-nilai murni dan akhlak terpuji menerusi konsep pelajar contoh serta berbudi bahasa untuk ditunjukkan kepada pelajar.

Pengetua SMK Padang Midin, Abu Hasmadi A. Bakar berkata, majlis sambuatan itu berjalan lancar dan tema berpakaian sekolah ini kali adalah yang kedua digayakan selepas mengenakan tema sama dalam sambutan Hari Guru pada 2015.

“Bezanya, kali ini semua guru menaiki bas untuk ke sekolah bagi mencipta kelainan dan memberi kejutan kepada semua murid,” katanya.

Aksi sebahagian guru yang sempat dirakam sempena sambutan Hari Guru SMK Padang Midin, kelmarin.

Sementara itu, Pengerusi Kelab Guru dan Kakitangan SMK Padang Midin, Nik Mohd Azuan Nik Muhammad berkata, gimik itu berjaya menarik minat pelajar untuk terus memberi perhatian sepanjang acara itu berlangsung.

“Selain mengimbau kembali zaman persekolahan, kesemua guru juga tidak kekok untuk memakai pakaian seragam sekolah bagi menjayakan sambutan Hari Guru peringkat sekolah.

“Kita yakin, objektif untuk menarik perhatian pelajar terhadap penerapan nilai-nilai murni, misalnya mengikut peraturan beratur ketika menaiki bas, bertimbang rasa dan tidak gopoh.

“Walaupun nampak remeh, hakikatnya tidak semua mampu mengikuti peraturan begitu. Itu antara sebab kita lakukan gimik sebegini untuk terus memberi peringatan kepada para pelajar supaya tidak lupa mengikut peraturan dan undang-undang ditetapkan,” katanya.

Sebahagian guru lelaki yang turut memakai pakaian seragam sekolah.

Artikel lain:

'Mana ma dan abah?' - Murid SK Kuang ini tak tahu ibu ayah dan dua adik meninggal (8 foto)

'Apa yang saya reti masa saya masak untuk lima adik' - murid tahun enam terpaksa jadi ibu bapa

Tular kisah ibu bapa Cina hantar anak ke tahfiz, ini cerita sebenar Mike ketika sekolah

'Pelajar cinta pertama dan adiwira saya' - Cikgu Yasmin buat Menteri Pendidikan kagum dan bangga

Calon lepasan SPM Sesi Akademik 2019/2020boleh buat semakan 12 tengahari, hari ini