KUALA TERENGGANU -  Setelah heboh diperkatakan seluruh negara mengenai gambarnya bersama kerbau memenangi pertandingan fotografi peringkat antarabangsa, pelajar tingkatan 2 Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Padang Midin, Muhammad Syukor Khamis kini dipilih untuk berlakon pula.

Syukor yang tersohor dengan gelaran ‘Mowgli Malaysia’ ini memegang watak utama dalam telefilem bertajuk Raya di Hujung Tanduk yang akan ditayangkan pada Aidilfitri tahun ini.

Dia digandingkan dengan beberapa pelakon lain, termasuk Delimawati Ismail, yang terkenal dengan watak Hantu Kak Limah menerusi Filem Hantu Kak Limah dan Hantu Kak Limah Balik Rumah.

Menurut laporan sebuah portal berita, Mohd Syukor berkata, dia sangat seronok menjalani penggambaran telefilem itu yang memberi pengalaman baharu kepadanya.

“Walaupong dua hari je penggambarang, letihlah wase sebab saya dok biasa lagi nge proses tu.

“Hok payoh skali masa hapal dialog tu.. pahtu kena hayati watak dengan main nge emosi. Telefilem raya itu kisahnye tentang kasih sayang saya dengan kerbau saya kerbau hok saya bela la.. banyok adegan mein perasaana nge emosi,” katanya.

Berita terdahulu boleh baca di sini https://www.gpsbestari.com/artikel/inilah-kisahku/syukor-di-terengganu-esra-di-sarawak-macam-kembar-seiras-1.921200

juga https://www.gpsbestari.com/berita/terengganu/pelajar-smk-padang-midin-gemparkan-dunia-fotografi-aksi-dengan-kerbau-menang-peringkat-dunia-1.920591

serta https://www.gpsbestari.com/berita/terengganu/saye-dok-seke-dapat-semo-ni-ingat-ambik-gambo-suke-suke-je-syukur-1.920674

 

MOGA BERJAYA YA ADIK SYUKOR..

Foto FB Syukor Khamis - Kampong Boy

Foto FB Syukor Khamis - Kampong Boy