KUALA TERENGGANU - Setelah bergandingan bersama pelakon popular Delimawati Ismail menerusi telefilem Raya di Hujung Tanduk, Pelajar tingkatan dua Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Padang Midin, Muhammad Syukor Khamis, 14, kini menerima pula tawaran berlakon dengan pelakon senior, Wan Hanafi Su.

Kali ini remaja yang digelar Mowgli Malaysia itu dalam proses penggambaran  selama seminggu bagi telefilem berjudul 'Kerbau Sayang Amar' yang dijangka ditayangkan sempena  Aidilfitri ini.

Penggambaran telefilem yang dimulakan sejak Jumaat lalu itu melibatkan beberapa lagi pelakon antaranya Fiz Fairuz dan Emelda Rosmila.

Abangnya, Muhammad Alias Khamis, 29,  berkata, kali ini mutu lakonan Muhammad Syukor bertambah baik dan dia tidak lagi kelihatan kekok di depan kamera.

“Lakonan dia sekarang nampak bertambah baik.  Ada juga adegan yang dia perlu lakonkan banyak kali baru menjadi, tapi saya rasa itu normal sebab saya lihat ada juga pelakon yang perlu ulang skrip lakonan beberapa kali.

“Saya rasa Syukor sudah banyak belajar daripada pengalaman berlakon sebelum ini, sebab kali ini  dia nampak cepat faham apa yang pengarah mahukan,” katanya.

Ditanya bagaimana Muhammad Syukor membahagikan masa untuk ke sekolah dan berlakon, katanya, untuk penggambaran kali ini, adiknya itu cuti selama seminggu.

“Disebabkan tempoh penggambaran agak lama dan banyak babak yang bergantung pada suasana siang dan malam, pihak penerbit ada mohon kepada pihak sekolah untuk Syukor bercuti seminggu.

Foto Facebook Syukor Khamis-Kampong Boy

Foto Facebook Syukor Khamis-Kampong Boy

Foto Facebook Syukor Khamis-Kampong Boy

Foto Facebook Syukor Khamis-Kampong Boy

Foto Facebook Syukor Khamis-Kampong Boy

Muhammad Alias (duduk di depan,  kiri) bersama bapanya, Khamis Jusoh (duduk di belakang, kiri) dan Muhammad Syukur (duduk di belakang, kanan) serta barisan pelakon telefilem Kerbau Sayang  Amar.

 

ARTIKEL BERKAITAN:

'Hok payoh skali masa hapal dialog...' - Syukor Khamis berlakon pula, jadi watak utama telefilem

Bimbangkan keselamatan Syukur.. ini pesan Nazri Sulaiman

Pelajar SMK Padang Midin gemparkan dunia fotografi, aksi dengan kerbau menang peringkat dunia

"Saye dok seke dapat semo ni.. ingat ambik gambo suke-suke je' - Syukur