JERTIH - Murid Sekolah Kebangsaan (SK) Kuang, Sungai Buloh, Selangor, Muhammad Haziq Nasrul Fakhri, 10, anak kepada pasangan Nasrul Fakhri Mansor, 38 dan Hartini Mokhtar, 37, yang maut dalam nahas di Kilometer 348 Jalan Kuala Lumpur-Kota Bharu dekat Simpang Sungai Ruan, Raub, awal pagi kelmarin masih tidak mengetahui ibu bapa dan dua adiknya meninggal dunia.

Bapa saudaranya, Mohd Azmi Mokhthar, 33, berkata, anak saudaranya sering bertanya di mana ibu dan ayahnya, selain turut meminta diambil air bekal yang dikatakan berada dalam kereta Kancil yang terbabit dalam kemalangan tersebut.

“Dia selalu tanya tentang ma dan abahnya. Saya tanya dia kenapa tangannya patah, dia cakap tak tahu. Kami percaya mungkin kemalangan berlaku ketika dia dan penumpang lain sedang tidur.

“Ahli keluarga lain terpaksa menyembunyikan perkara sebenar untuk sementara waktu sebab tidak mahu dia bersedih,” katanya.



Ibu mangsa, Sapinah Hussin, 67, sebak ketika menatap wajah Allahyarham Hasliza Arini dan cucunya Muhammad Khalish Kautsar sebelum dikebumikan.

Jenazah Hasliza Arini dan anak bongsunya Muhammad Khalish Kautsar disembahyangkan sebelum dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Kelaboran awal pagi, semalam.

Jenazah Hasliza Arini dan anak bongsunya Muhammad Khalish Kautsar diusung untuk dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Kelaboran.

 

Menurutnya, Muhammad Haziq tiba di Kampung Tok Has jam 5 pagi semalam dari Hospital Lipis dan dia akan dirujuk ke Hospital Besut.

Dalam kejadian berkenaan, Muhammad Haziq dan adiknya, Nur Fathiyah, 8, yang juga murid Sekolah Kebangsaan (SK) Kuang, Sungai Buloh, Selangor cedera parah.

Nur Fathiyah masih dirawat di unit rawatan rapi Hospital Kuala Lipis dan dilaporkan telah sedarkan diri.

Tragedi berdarah itu membabitkan kereta Perodua Kancil dipandu Nasrul Fakhri bersama isteri dan kesemua empat anaknya yang bertembung dengan kereta Perodua Myvi.

Dua penumpang Perodua Myvi, Hasliza Arini Muhammad @Hamid, 34, dan anaknya, Muhammad Khalish Kautsar Mohd Syarli, 2, turut maut.

Pemandu Myvi yang juga suami Hasliza, Mohd Syaril Sulaiman, 44, dan dua anak mereka, Khaliesa Khairina, 7, dan Dhia Afriena, 5, cedera parah.

Sementara itu di Kuala Krai, jenazah empat beranak mangsa nahas kemalangan di Kilometer 348 Jalan Kuala Lumpur-Kota Bharu di Raub, awal pagi kelmarin selamat dikebumikan.

Jenazah Allahyarham Nasrul Fakhri Mansor, 38, yang berasal dari Kuala Krai selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Batu Balai di Kuala Krai pada jam 12 tengah malam kelmarin.

Sebelum itu, Allahyarham Nasrul Fakhri, isteri, Allahyarham Hartini Mokhtar, 37 dan dua anak mereka Allahyarham Nur Faqihah, 4 serta Allahyarham Nur Fateen Sufi berusia setahun disolatkan di Masjid Batu Balai sebaik sahaja jenazah tiba dari Hospital Raub jam 11 malam.

Jenazah Allahyarham Hartini bersama dua anaknya dikebumikan dalam satu liang lahad di Tanah Perkuburan Islam Kampung Denger, Jertih selepas solat jenazah di rumah nenek Hartini di Kampung Tok Has, Jertih pada jam 2 pagi, semalam.

Jenazah Hasliza Arini dan anak bongsunya Muhammad Khalish Kautsar dikebumikan dalam satu liang lahad di Tanah Perkuburan Islam Kampung Kelaboran.

Aisyam Mat Noor (kiri) cuba menenangkan emosi saudaranya Maznah Mat Zin (kanan) yang tidak dapat menahan sedih semasa menunggu jenazah tiga keluarga mereka di bilik Perubatan Forensik Hospital Raub.

Aisyam Mat Noor cuba menenangkan emosi anak saudaranya Nor Syafiqah Rafi yang tidak dapat menahan sedih semasa menunggu jenazah tiga keluarga mereka di bilik Perubatan Forensik Hospital Raub.

Hartini bersama anaknya Nur Faqihah Nasrul, 4, (depan) antara empat sekeluarga yang maut selepas dua kenderaan bertembung di kilometer 348 Jalan Kuala Lumpur-Kota Bharu, berhampiran Simpang Sungai Ruan di Raub.

 

Artikel lain:

Tular kisah ibu bapa Cina hantar anak ke tahfiz, ini cerita sebenar Mike ketika sekolah

Besi penghadang jalan menerobos kereta - Ramai ingat Cikgu Mat dan Cikgu Wan maut (7 foto)

Tahniah! Maahad Muhammadi Pasir Mas johan bahas ala Parlimen, Mumtazatul A'liya pendebat terbaik

Syair bertajuk 'Guruku Adiwiraku' nukilan Zairi ini terbaik untuk hadiah Hari Guru

KPM lulus peruntukan RM2.6 juta SJKT Klebang untuk pembinaan bangunan baharu