KUALA TERENGGANU - Seorang pelajar membuat permohonan maaf secara terbuka kepada Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang kerana mengkritik beliau menerusi laman sosial sebelum PRU14 lalu.

Permohonan maaf itu dibuat di hadapan semua pelajar, guru dan kakitangan Sekolah Menengah Agama (Atas) Sultan Zainal Abidin (SMAASZA) sempena majlis Bicara Tokoh Alumni, semalam.

“Saya ingin memohon maaf kepada tuan guru kerana sebelum PRU14 saya sebagai manusia yang serba kekurangan termakan fitnah dan tohmahan orang terhadap tuan guru.

“Alhamdulillah, selepas PRU ini saya dapat tahu dengan jelas apa yang sebenarnya. Jadi saya sekali lagi ingin meminta maaf atas segala sangkaan buruk saya selama ini,” katanya.

Permohonan maaf oleh pelajar berkenaan disambut dengan tepukan gemuruh oleh kira-kira 300 pelajar dan guru yang hadir pada majlis berkenaan.

Sementara itu, Abdul Hadi secara terbuka juga memaafkan pelajar berkenaan sambil menyifatkan sikap memberi kemaafan kepada seseorang akan mendapat ganjaran di sisi ALLAH SWT.

“Jika Tuhan Yang Maha Besar boleh mengampunkan dosa hambaNya, saya ini apalah sangat.

“Kita perlu memaafkan kepada sesiapa yang beriman dan memaafkan orang adalah satu kelebihan,” katanya.

Abdul Hadi menyifatkan ucapan dan kritikan diterima akan mengundang pahala percuma jika ditempuhi dengan sabar.

Dalam pada itu, beliau tidak pernah membaca tulisan-tulisan ‘pedas’ yang ditujukan kepadanya.

Artikel menarik:

'Budak ni biar betul?' - Hadiah hari guru buat cikgu ini terus capai minyak cap Kapak

'Saya akan salin dalam buku nota dan hafal' - Pelajar yang tular fasih cakap Arab kongsi tip

Kebolehan Faris dapat respon guru bahasa Arab - Ini komen mereka

'Saya belajar bahasa Arab dari pelancong.' - Tular kisah pelajar sembang dengan pelancong Arab

Jam 1 pagi dah bangun bersiap nak ke sekolah - Reaksi dua beradik asnaf ini buat air mata mengalir