Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Kijal di sini mengorak langkah dalam bidang inovasi dengan menghasilkan alat sanitasi tanpa sentuhan dalam mencegah wabak koronavirus (Covid-19) dikenali sebagai Multistand KTS.

Alat diinovasikan oleh Penyelaras Kelab Sukan dan Permainan Unit Kokurikulum SMK Kijal, Hairul Mohd Dahlan dengan cetusan idea Pengetua, Sabariah Ibrahim itu dihasilkan dengan menggunakan paip polyvinyl chloride (PVC) dan spring.

Hairul yang merupakan ketua projek itu berkata, alat tersebut menggunakan kaedah memijak di kaki tanpa perlu gunakan tangan sekali gus mampu mengelakkan sentuhan alat dengan orang lain. “Selepas perbincangan dengan Penolong Kanan Kokurikulum, Che Kamaruddin Ya, saya menyambut baik cabaran untuk menghasilkan alat ini,” katanya kepada Sinar Harian semalam.

Memerlukan kos sekitar RM25, satu alat Multistand KTS mengambil masa sekitar sejam setengah untuk dihasilkan dan selain Hairul, projek itu turut dibantu oleh empat murid SMK Kijal yang turut dikenali sebagai Kijal Trust School (KTS). Setakat ini projek itu berjaya menghasilkan empat Multistand KTS manakala empat unit lagi dalam proses disiapkan dan kelmarin, SMK Kijal melalui Sabariah menyerahkan alat tersebut kepada Pegawai Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) Kemaman, Idris Bidin.
 

Artikel berkaitan:

Pelaksanaan : Pengurusan Prasarana

Pengurusan Institusi Pendidikan Swasta (IPS) : Pengajaran dan Pembelajaran (PdP)

Pengurusan Institusi Pendidikan Swasta (IPS) : Penglibatan Ibu Bapa/Penjaga

Pelaksanaan : Pengajaran dan Pembelajaran (PdP)