MASA bersama keluarga buat pasangan guru ini sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) diisi dengan pelbagai aktiviti menyeronokkan.

Ketua Panitia Seni Visual, Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA) Perempuan Alawiyah, Kangar, Perlis, Khairil Azmir Ahmad memilih untuk menghasilkan video bersama isteri, Norhafiza Mohd Aziz yang merupakan guru Bahasa Melayu, Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Syed Alwi dan tiga anaknya untuk memberi pesanan kepada masyarakat.

"Video berdurasi satu minit 22 saat ini membawa mesej supaya masyarakat Malaysia bersabar tinggal di dalam rumah sepanjang musim PKP ini.

"Dalam video ini setiap ahli keluarga mempunyai peranan masing-masing untuk membantu negara memutuskan rantaian Covid-19," katanya.

Umar Haneef membantu ayahnya, Cikgu Khairil Azmir menggunting gambar untuk membuat kad pop up.

Menurut beliau, video bertajuk 'Perang Covid-19 bermula dari rumah' membawa maksud kempen PKP tidak akan berjaya sekiranya setiap ahli rumah tidak mematuhinya.

"Sebagai guru Seni, saya turut membuat inovasi Kad Pop Up Kreatif Ancaman covid-19 bersama anak-anak agar mereka dapat belajar secara tidak langsung tentang bahaya virus itu dan kenapa kita semua wajib tinggal di dalam rumah," katanya.

Cikgu Khairil Azmir menunjukkan inovasi Kad Pop Up Kreatif Ancaman covid-19 yang dihasilkan bersama keluarga.

Tambah Cikgu Khairil Azmir lagi, menerusi video yang dihasilkan dalam masa sehari itu beliau juga mengingatkan pelajar supaya menggunakan masa PKP ini untuk belajar.

"Pelajar seharusnya menggunakan semua sumber yang ada di sekeliling seperti di saluran TV, internet, media sosial selain buku untuk belajar secara dengan di rumah sendiri," katanya.

Tiga anak beliau yang turut terbabit dalam pembikinan video berkenaan ialah, Ahmad Hariss, 7; Khairunnajwa, 10 dan Umar Haneef, 4.

 Ahmad Hariss tekun menggunting gambar untuk dilekatkan pada  Kad Pop Up Kreatif Ancaman covid-19.

Kad manila yang digunakan untuk menghasilkan kad pop up perlu dilipat dua.

Cikgu Khairil Azmir bertungkus-lumus menghasilkan prop untuk pembikinan video.

Cikgu Norhafiza menunjukkan Kad Pop Up Kreatif Ancaman covid-19.

Khairunnajwa menunjukkan kad pop up yang dihasilkan keluarganya.

Artikel berkaitan:

Aktiviti menyeronokkan yang anda boleh buat sepanjang PKP

PKP pun pelajar hantar kek sempena hari lahir cikgu, Cikgu Donze terharu terima kejutan

PKP bulan 'bulan madu' - Guru Cemerlang Matematik kongsi tip mudahnya belajar atas talian

Cikgu boleh cuba kaedah ini, cara mudah ajar murid lemah kuasai jawi

Pencerahan Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT): Bahagian 1