Semalam sekali lagi saya dijemput bersama untuk makan malam dengan warga Malaysia di perantauan. Kali ni saya ke rumah Duta/Wakil Tetap Perutusan Tetap Malaysia ke WTO, Dr.Rashidi dan isteri, Hayati bersama delegasi Malaysia yang datang ke Geneva untuk urusan kerajaan.

Tak tahu nak cakap apa, melainkan ucapan terima kasih tak terhingga buat keluarga ni yang banyak membantu saya sepanjang minggu berada di Geneva. Tak terasa dok jauh, sebab kebaikan mereka.

Tak lupa juga keluarga Kak Ros dan Azmi, kerana banyak membantu saya. Siap tumpangkan saya untuk mandi dan tolong hantarkan ke tengah bandar, takut saya sesat balik CERN.

InshaAllah jasa mereka semua di sini, saya akan ingat sampai bila-bila. ALLAH jualah yang mampu membalas kebaikan mereka kepada musafir ilmu ni. @ Versoix, Switzerland

Jemputan khas makan malam bersama Duta Malaysia Perwakilan Tetap ke WTO, Dr Rashidi Said dan isteri bersama delegasi Malaysia.

Cikgu Hailmi bersama Duta Malaysia Perwakilan Tetap ke WTO, Dr Rashidi Said dan isteri, Puan Hayati Abu Seman

Cikgu Hailmi bersama Perwakilan Malaysia ke ILO, International Labour Organisation, Azmi dan isteri.

Cikgu Hailmi bersama Dr. Rashidi, Duta Malaysia Perwakilan Tetap ke WTO di Geneva.

ARTIKEL BERKAITAN:

Cikgu Norhailmi, guru Malaysia pertama ikuti High School Teacher Programme 2019 tiba di Geneva

Hari pertama Cikgu Hailmi di CERN, Geneva - 'Kami dibawa melawat CERN' (6 foto)

Hari kedua - Jeff Wiener terangkan program guru CERN, peserta teruja lihat Syncho Cyclotron (7 foto)

Hari ketiga belajar pengenalan Particle Physics buat Cikgu Hailmi makin bersemangat (4 foto)

'Industri dan pusat penyelidikan kita kena tiru apa yang CERN buat' - Hari keempat Cikgu Hailmi

Hari kelima: Cikgu Hailmi teroka ilmu baharu yang mengujakan (6 foto)

Hari keenam: Cikgu Hailmi terpegun dengan kecanggihan teknologi di CERN (5 foto)

Hari ketujuh: Cikgu Hailmi berpeluang nikmati makanan tradisi Swiss, Cheese Fondue (2 foto)

Hari kesembilan: Makin mencabar buat Cikgu Hailmi (5 foto)

Hari kesepuluh: Cikgu Hailmi tak sabar nak kongsi dengan murid, pengalaman di CERN

Hari ke-11: Cikgu Hailmi teruja ketika lawatan ke Antimatter Factory