Mudahnya mengaji al-Quran dengan kaedah teropong tingkap ini dikongsi oleh pendidik dari SK Sungai Baru, Gemencheh, Ustazah Supiyaton Mokti.

Ia bukan sahaja dapat membantu murid lebih fokus mengaji dan kenali tanda baca, bahkan menurut Ustazah Supiyaton, kaedah ini mengurangkan kekeliruan murid mengenal pelbagai huruf.

TEROPONG TINGKAP

Hurm...siap gak. Esok boleh guna untuk anak-anak baca iqra'. "TEROPONG TINGKAP". Biasakan, kita jumpa anak-anak yang selalu terkeliru @ sukar menyebut huruf, baris, bunyi kalimah. Apatah lagi membaca Iqra' mereka mesti sentiasa bersedia serta peka dengan baris, huruf, bunyi kalimah yang mendatang. Mereka berusaha tapi masih keliru..mereka bukan malas @ tidak tahu cuma "TERKELIRU". Antara satu sebabnya, mereka tidak boleh melihat banyak huruf @ kalimah, mereka jadi keliru & terganggu dengan kalimah @ huruf yang banyak. Kita selalu bantu dengan menutup jari pada huruf @ kalimah. Jadi sebagai satu penyelesaian untuk murid, saya gunalah "TEROPONG TINGKAP " ni. Selalu tak berlimanate...kali ni berlimanate dengan harapan tahan lamo...dah siap, esok boleh guna dah. Jangan biarkan masalah asas membelenggu anak kita, betulkan dari asasnya..taklah susah masa akan datang. Semuanya dengan izin Allah.

Ayuh mulakan

Guru tak perlu tutup dengan jari lagi. Sasaran penggunaan kepada murid yang selalu terkeliru dengan huruf @ baris. Mereka cuma keliru, tidak boleh melihat baris @ huruf yang banyak dalam satu masa. Mereka perlu dibantu. Kebiasaan guru tutup dengan jari untuk mengelakkan kekeliruan ini. Dengan TEROPONG TINGKAP, kita tak perlu tutup dengan jari lagi...biar anak didik sendiri yang mengendalikan ikut bacaan dia orang......semakin kurang keliru ...semakin betul sebut baris & huruf. Alhamdulillah....

Artikel Menarik:

Belajar dengan ukelele, setiap murid Orang Asli Cikgu Sam ada tablet! - Kagum usaha guru Adiwira ini

Walau terpaksa tahan sakit, ditahan lapan hari di wad… guru ini tetap tanda kertas

Apapun warna kulit dan agama yang dianuti, saya tetap bantu - Luhurnya hati cikgu ini

Hujan lebat, guna plastik sampah balut anak - Guru pedalaman ini kongsi kisah sesat dalam hutan