SHAH ALAM - Kementerian Pendidikan (KPM) bertanggungjawab membangunkan potensi murid berdasarkan kecenderungan minat dan kebolehan.

Menterinya, Dr Mazlee Malik berkata, perkara itu memerlukan akses kepada gabungan mata pelajaran yang menarik dan berdaya maju sebagai pilihan laluan kerjaya setiap murid.

"Walaubagaimanapun, selari dengan perubahan kurikulum menuju Kurikulum Standard Sekolah Menengah (KSSM) daripada Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah (KBSM) pada tahun hadapan, KPM akan memantau pelaksanaannya agar pelajar diberikan kebebasan untuk mengambil mata pelajaran daripada bidang sains atau bidang sastera, sesuai dengan kecenderungan dan kebolehan mereka," katanya di Dewan Rakyat semalam.

Beliau menjawab soalan berkaitan isu tiada pengasingan aliran sains dan sastera di sekolah seperti yang dibangkitan oleh Tuan Mohd Shahar Abdullah (Adun Paya Besar, Pahang), Datuk Seri Ir Dr Wee Ka Siong (Adun Ayer Hitam, Johor) dan Sivakumar Varatharaju (Adun Batu Gajah, Perak).

Menurut Maszlee, KPM boleh menarik seramai mungkin pelajar untuk memilih jurusan sains di peringkat lebih tinggi.

"Ini sebagai persediaan untuk membentuk kerjaya yang sesuai dengan keadaan dan permintaan industri dan masa hadapan," katanya.

Beliau berkata demikian ketika ucapan penggulungan perbahasan rang undang-undang perbekalan 2020 peringkat dasar di Dewan Rakyat semalam.

Artikel Menarik:

22 ulasan yang boleh diguna pakai guru untuk slip peperiksaan

I Force hasil inovasi guru Fizik ini menang pelbagai anugerah buatkan subjek Fizik semudah 1,2,3

‘Biarpun terpaksa duduk bawah meja, kami tetap mahu ke sekolah,’- Situasi pilu pelajar bikin sebak