MAHU anak muridnya memahami topik dalam mata pelajar Sejarah yang diajarnya, guru Panitia Sejarah dari tiga sekolah ini membawa muridnya membuat kajian lapangan di tempat bersejarah di sekitar Jerantut.

Konsep pembelajaran berasaskan penyelidikan (RBL) ini diadakan dengan kerjasama Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) Jerantut.

Seramai 40 murid yang dipanggil penyelidik cilik terdiri daripada murid Tahun Empat dan Lima dari Sekolah Kurang Murid (SKM) Sekolah Kebangsaan (SK) Kg Baharu, SK Tebing Tinggi dan SK Jerantut Jaya, Jerantut, Pahang.

Pengalaman melawat Galeri Mat Kilau dan Pawang Nong pada 4 Mac lalu tentunya memberi pengalaman yang tidak dapat dilupakan kepada peserta.

http://gui.sinarharian.com.my:8080/polopoly/polopoly_fs/1.933733.1585107744!/image/image.jpg

Guru Besar, SK Kg Baharu, Noraini A Malek (duduk, dua dari kiri) dan waris Pahlawan Pawang Nong, Ketua Kampung Ulu Cheka Jerantut, Nazri Che Husin menandatangi sijil jalinan kerjasama antara Panitia Sejarah SK Kg Baharu dengan Galeri Sejarah Pawang Nong. Turut hadir Penghulu Mukim Ulu Cheka, Khairul Akhma Yusof (kanan).

Ketua Panitia Sejarah, SK Kg Baharu selaku guru penyelaras, Norafizah Abdul Razak berkata, kajian kes diwajibkan ke atas murid sekolah rendah sejak tahun lalu.

"Mereka menjalankan pembelajaran berasaskan kajian dan penyelidikan dalam mata pelajaran Sejarah bagi tajuk 'Mengenali Hal Setempat' iaitu tokoh setempat yang berjasa kepada masyarakat dan negara serta penentang penjajah.

"Lawatan itu dapat meningkat kemahiran pemikiran sejarah dalam kalangan penyelidik cilik ini agar mereka lebih memahami dan menghayati serta menghargai nilai sejarah selain menerapkan elemen kewarganeraan seawal usia mereka," katanya.

Cikgu Norafizah (tengah) ketika membawa peserta ke Makam Pahlawan Mat Kilau.

Penyelidik bersama guru pengiring di Makam Pahlawan Mat Kilau di Kampung Pulau Tawar, Jerantut.

Selain beliau, dua lagi guru Panitia Sejarah yang terbabit ialah Cikgu Kartini Mohd Yusoff dari SK Jerantut Jaya dan Cikgu Kyairul Fadhilla Syed Mahadzir (SK Tebing Tinggi).

Tiga lagi guru yang turut serta ialah Guru Besar, SK Kg Baharu, Noraini A Malek; Guru Penolong Kanan SK Jerantut Jaya, Rozaidah Ismail dan guru Sejarah SK Jerantut Jaya, Hartini Hussain.

Beiau berkata, selepas sesi lawatan peserta dikehendaki menulis laporan dan membuat pembentangan hasil kajian mereka pada 23 April nanti bagi melayakkan mereka mendapat Sijil Pengiktirafan RBL.

Beliau yang merupakan Ikon Guru Perpustakaan dan Media 2019 turut berharap semoga nilai kewarganegaraan dapat diserap seawal usia untuk melahirkan generasi yang patriotik, prihatin dan ada empati kepada sejarah warisan negara terutama tokoh yang banyak berjasa.

"Paling menarik sempena lawatan tersebut apabila penyelidik cilik ini dapat melihat sendiri makam pahlawan dan mendengar sejarah lisan tentang tokoh daripada waris tokoh yang masih hidup," katanya.

 

Penyelidik cilik mencatat info penting untuk dimuat dalam laporan kajian mereka.

Penyelidik cilik mengemaskini maklumat yang diperoleh di Makam Pawang Nong.

Selain ke galeri dan makam, penyelidik cilik turut dibimbing mencari bahan kajian di Perpustakaan Awam Jerantut.

Penyelidik cilik diberi peluang mendengar sejarah lisan tentang tokoh daripada waris tokoh yang masih hidup.

Penyelidik cilik tekun mencatat maklumat kajian di Makam Pawang Nong sambil diperhatikan Cikgu Syarifah Kyairul Fadhilla (kiri) dan Cikgu Norafizah (dua dari kiri).

Artikel menarik:

Kaedah bacaan fonik USM bantu murid belajar membaca

Idea Guru Perpustakaan dan Media ini beri anugerah kepada pelajar baca lebih 50 buku memang bernas

Hobinya suka membaca, tidak hairanlah pengetua ini terima Anugerah Tokoh Nilam

Ulangkaji Sains Tahun Empat - Topik Perkumuhan dan Penyahtinjaan

Murid pemulihan khas dan prasekolah boleh cuba latihan ini