"SAYA akui ramai pelajar yang lemah tidak berminat dengan subjek Matematik.

"Mereka beranggapan, Matematik itu sangat susah dan memerlukan banyak hafalan formula," kata Cikgu Farah Hayana Dris.

Merupakan Guru Cemerlang Matematik Tingkatan Empat dan Lima, Sekolah Menengah Kebangsaan Sungai Pasir Kechil, Sungai Petani, Kedah, Cikgu Farah Hayana berkata, beliau telah memperkenalkan beberapa tip kepada pelajar lemah Matematik.

"Setelah saya aplikasikan tip ini di dalam kelas, semua pelajar tidak tidur dan mereka kelihatan tekun menyiapkan latihan Matematik," katanya.

Ikuti tip cara Cikgu Farah Hayana

1) Ambil gambar dan rekod video mereka dan publish dalam media sosial untuk galakkan mereka belajar.

2) Beri latihan ikut kemampuan dan tahap mereka serta semak latihan di hadapan mereka.

3) Beritahu pelajar markah minimum yang perlu mereka capai untuk lulus Matematik SPM.

Saya letakkan markah 40 (untuk Kertas 2) dahulu untuk permulaan dan sentiasa update markah yang mereka dah capai dalam borang penilaian kendiri setiap pelajar (dilekatkan dalam file perkembangan murid).

4) Minta pelajar tulis tajuk yang perlu mereka jawab SAHAJA untuk lulus di kulit buku latihan Matematik. Seterusnya guru akan melihat potensi setiap murid secara berperingkat.

5) Sentiasa selitkan unsur kecindan dan juga unsur yang sangat diminati pelajar sewaktu PdPC. Contohnya isu bola sepak atau isu trending masa kini. Ini akan membangkitkan minat belajar dan menyebabkan pelajar akan beri kerjasama apabila guru menyuruh ke hadapan kelas.

6) Setiap kali mengajar, pastikan pelajar highlight kata kunci soalan seperti di bawah. Step menggunakan kalkulator juga ditulis di dalam buku dan menulis step menjawab soalan di buku latihan supaya apabila pelajar ingin membuat latihan di rumah, mereka boleh merujuk kembali langkah tersebut.

Selain daripada itu, saya juga membuat video untuk memudahkan pelajar mengulang kembali apabila memerlukan. Beri pelajar lemah lembaran latihan seperti set soalan Peperiksaan SPM sebenar supaya mereka terbiasa dan arif tentang soalan yang selalu dilihat.

7) Berdoa setiap kali mula kelas dan setelah itu, saya pula akan berdoa dan diaminkan oleh semua pelajar di dalam kelas.

Saya akan menyelitkan doa untuk pelajar yang susah belajar, pelajar yang bermasalah dan sentuh jiwa mereka dengan doa secara umum. Dan diakhiri dengan doa “Sahaja aku hadir ke sekolah hari ini untuk menuntut ilmu kerana Allah taala”.

Untuk pelajar bukan Islam pula saya minta mereka niatkan dalam hati yang mereka datang ke sekolah untuk menuntut ilmu dengan membawa harapan ibu dan ayah demi sebuah kejayaan dan seterusnya mengubah nasib keluarga.

Suka saya nyatakan di sini, pihak pentadbiran memainkan peranan yang sangat besar di dalam menjamin kelangsungan dan ‘KEMENJADIAN PELAJAR’ dengan memberikan sepenuhnya sokongan kepada guru.

Sokongan pihak pentadbir menjamin ‘ KEMENJADIAN GURU’ manakala sokongan berterusan guru kepada pelajar menjamin kepada 'KEMENJADIAN PELAJAR’ dan perkara ini saling berkaitan serta sangat penting.

Memetik kata-kata pengetua sekolah, Tengku Fariza Tengku Ibrahim...

“Kuatkan semangat guru-guru yang mengajar. Asbab kita mengajar dan mendidik depa, kita dapat masuk syurga. Allah tak tanya apa hasilnya tetapi Allah menilai usaha guru-guru dalam mendidik mereka.

"Teruskan usaha kalian. Jalan syurga sentiasa terbentang di hadapan. Insya-Allah saya akan bantu...dan beri keutamaan di Tingkatan 5 Waja."

Tip ini untuk sasaran Ujian 1 dan akan ditingkatkan lagi apabila Peperiksaan Pertengahan Tahun kelak. Namun untuk beberapa pelajar yang menguasai dengan baik, guru akan menambah tajuk lain yang perlu dikuasai.  

Tip yang dikongsi ini telah berjaya meluluskan ramai pelajar yang lemah termasuk seorang pelajar saya yang tidak dapat menguasai 3M sebelum ini.

Dalam peperiksaan Matematik SPM 2018, dia telah lulus subjek itu dan perkara ini cukup menggembirakan saya selaku seorang guru.

 

#GuruCemerlangMatematik

#MudahnyaMatematik

#SekolahMenengahKebangsaanSungaiPasirKechil  

Tip Penting:

'Hafal pecahan popular ini' - Pesanan penting cikgu Matematik untuk calon UPSR

Teknik Cabang bantu murid lemah, sederhana dan cemerlang bina karangan panjang, seragam

Guru Cemerlang Tahfiz kongsi kaedah DTHT untuk hafaz al-Quran dengan mudah

Teknik Putaran Waktu bantu murid memahami kepentingan ‘masa’ - Ustaz Quszaini

Skor A semua subjek UPSR daripada sekarang - Cikgu Ahmad Safarman kongsi enam tip mudah

Hafal formula 'Memori Mengarang', murid pasti skor Bahasa Melayu UPSR