1) Ibu dan ayah kita

Bagaimana mereka di kampung? Walaupun kita tanya bekalan barang dapur namun selalu sahaja mereka menjawab: 

“Jangan risau. Semua cukup. Duit ayah ada lagi.” Kirimlah juga wang kepada mereka walaupun sedikit. Biar dalam musim gawat ini mereka makan nasi daripada beras dan telur kiriman kita.

2) Adik-beradik kita

Bila masing-masing dah berkeluarga, hubungan tidak lagi serupa. Bandingkan zaman kecil dulu, ayah bagi duit RM1 kat kita, kita sanggup kongsi  dua dengan adik-beradik.

Apabila sudah ada keluarga, simpanan ada RM1,000, bila adik minta pinjam RM50 kita dah  merungut kata kita sendiri susah. Suruh dia usaha sendiri.

Zaman gawat ini, kembali tanya mereka apa cukup beras di dapur, apa susu anak masih ada.

3) Saudara mara kita

Sepupu sepapat kita, yang ada hubungan pertalian, itu kita utamakan. Tanya khabar dan bantu walau sedikit sekadar mampu.

4) Jiran-jiran sekeliling kita

Tanya jiran tetangga. Lihat kehidupan mereka. Jangan dapur kita asyik berasap makan mewahmewah, jiran sebelah makan seekor ikan kecil dikongsi tiga.

5) Kawan-kawan kita

Yang kerja bersama. Yang pernah rapat suatu ketika dahulu. Yang pernah sekolah sama-sama. Yang pernah kita berkongsi gelak tawa dan air mata.

Bantulah semampu kita. Begitu aturannya kawan-kawan. Kita mulakan dengan yang terdekat dahulu. Baru kita luaskan sasaran jika masih banyak boleh dikongsi.

Betapa bersyukur orang terdekat kita apabila kita hubungi atau WhatsApps bertanya khabar.

Malah hubungan yang dah lama menjauh kembali erat hanya dengan sekampit beras.

Percayalah!

#StayAtHome
Mohd Fadli Mohamed Salleh,
Guru Matematik SK 1 Gombak, Selangor

Tip Menarik:

Nota Sejarah untuk calon SPM baca dan buat ulangkaji di rumah – Perkongsian Cikgu Sharifah Afida

Guru Cemerlang kongsi tip Sejarah SPM 2020 - Kuasai Kertas 1,2 dan 3 untuk dapat markah penuh

Cikgu Azlan kongsi tip mudah bina carta pai subjek Geografi

Tip lulus Bahasa Melayu Kertas 2 UPSR 202