KETUA Panitia adalah individu yang dipilih untuk mengetuai Panitia Subjek. Tanggungjawab ini sangat murni kerana ia menunjukkan kepercayaan kepada seseorang untuk membangunkan subjek, prestasi akademik subjek dan juga guru-guru subjek terlibat.

Kebiasaannya, Ketua Panitia dipilih daripada kalangan guru yang paling senior. Bagaimanapun keadaan ini semakin berubah kerana ia tidak lagi bergantung kepada pengalaman mengajar semata-mata tetapi lebih kepada pengurusan dan keperluan tugas seorang Ketua Panitia. Oleh itu, semua orang masih mempunyai peluang sama rata untuk mengepalai pasukan subjek sekolah.

Mari kita lihat secara umum tugas utama seorang Ketua Panitia.

1) Menyelaras urusan kepanitian

Menguruskan semua program-program panitia samada yang wajib mahupun tambahan. Termasuklah program-program ko-akademik.

Menguruskan dan menyelia semua fail-fail dan dokumen berkaitan.

Mengurus kewangan yang diperuntukkan untuk panitia serta menguruskan inventori barangan untuk subjek (Alat Bantu Mengajar, Bahan Bantu Mengajar dan Bahan Bantu Belajar)

 

2) Menguruskan mesyuarat panitia

Mempengerusikan mesyuarat panitia secara berkala.

Membincangkan sasaran untuk prestasi subjek.

Membuat analisis keputusan, post mortem dan merancang intervensi.

 

3) Membuat perancangan tahunan

Membuat perancangan strategik, operasi dan sebagainya.

Menguruskan penyediaan RPT.

Membuat takwim semakan buku latihan.

Membuat sasaran pencapaian.

Merancang program akademik.

 

4) Melaksanakan tugas PdPc dan menjadi 'role model'

Ketua Panitia mempamerkan amalan PdPc terbaik bagi guru-guru bimbingannya.

Mahir dalam SKPMg2 dan menjadi sumber rujuk bagi PdPc subjek.

 

5) Menguruskan jadual waktu

Peka dengan jadual waktu guru.

 

6) Pemantauan dan Pencerapan

Membuat pemantauan dan pencerapan terhadap guru-guru subjek.

Membuat penilaian.

Membina intervensi untuk guru.

 

7) Memperkasakan staff

Membuat analisis keperluan latihan guru (TNA dalam SPL KPM atau Google Form).

Melaksanakan latihan dan bimbingan dalam bentuk PLC.

Menilai program-program pembangunan guru.

Bertindak sebagai Coach yang meraikan bakat atau kelebihan guru dan membina ruang untuk guru cemerlang mengikut kapasitinya.

Bertindak sebagai Mentor yang memberi bimbingan berdasarkan pengalaman.

 

TIP

1. Simpan semua maklumat guru dalam Google Keep agar mudah untuk diakses.

2. Rujuk analisis keperluan latihan guru daripada SPLKPM.

3. Buat jadual tugas PLC dimulakan dengan Teacher Sharing kerana bersifat lebih terbuka dan mudah.

4. Menggunakan QR Code bagi memudahkan penyimpanan dan akses bahan-bahan RPT dan RPH. Lebih mudah jika menggunakan Zappar.

5. Menyimpan semua gambar program dalam Google Photos.

Sumber: Blog mudahmengajar

Artikel Menarik:

31 cara mengawal murid dalam kelas oleh Cikgu Herryan Syah. Senang sangat!

'Persiapkan emosi anak yang bakal ke Tahun Satu' - Cikgu ini bagi ayat pujuk 'baik punya'

Guru ini naik angin bila murid hulur baldi merah padanya...rupa-rupanya baldi itu ada catatan rindu