KUALA LUMPUR - Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan Semenanjung Malaysia (NUTP) menggesa semua pihak berhenti mempersoalkan pengenalan tulisan jawi dalam mata pelajaran bahasa Melayu.

Setiausaha Agungnya, Harry Tan Huat Hock berkata, tulisan jawi dalam mata pelajaran tersebut bukan perkara baharu sebaliknya sudah diperkenalkan kepada murid sekolah rendah sejak 2011.

Artikel berkaitan: Khat untuk nilai warisan dan identiti negara

“Untuk makluman, murid mula mengenali Seni Tulisan Jawi, Cina dan Tamil sejak Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) dilaksanakan bagi murid Tahun Satu pada 2011.

“Pada 2015, ia wujud dalam buku teks Bahasa Malaysia Tahun Lima untuk sekolah jenis kebangsaan di bawah tema Menghargai Budaya Bangsa,” katanya dalam satu kenyataan semalam.

Katanya, penelitian terhadap pengenalan tulisan khat dan jawi biarlah dilakukan oleh golongan profesional dan pihak lain diminta tidak mencetuskan lagi pelbagai spekulasi.

“Tahun ini merupakan semakan KSSR Tahun Empat, biarlah golongan profesional melakukan perbincangan.

“Pengenalan seni khat adalah bertujuan untuk menerapkan nilai-nilai warisan Bahasa Melayu dan identiti negara. Justeru, adalah tidak wajar ia dijadikan isu sehingga mengundang kontroversi,” katanya.

Baca:

Cikgu ini kongsi rahsia skor markah mengikut seksyen soalan bahasa Inggeris penulisan UPSR

Tokoh Guru juga mahu KPM buat kajian menyeluruh sebelum mansuh UPSR - Ini kata Cikgu Nawi

Enam kelebihan mengajar kelas belakang - Cikgu Hailmi kongsi rahsia

UPSR: Pensyarah Fakulti Pengajian Pendidikan minta kerajaan kaji secara terperinci sebelum mansuh

Murid makin malas, guru culas - Pandangan iGuru mengenai kesan mansuh UPSR