KUALA KRAI - Guru Sekolah Kebangsaan (SK) Pasir Linggi di sini berdepan detik cemas apabila seekor ular tedung selar seberat 12 kilogram (kg) masuk dalam bilik guru sekolah berkenaan.

Guru Besar, Mail Ibrahim berkata, pada jam 2.30 petang, ular sepanjang 3.5 meter itu dilihat memasuki pagar sekolah melalui bahagian belakang.

Katanya, dia dan beberapa orang guru segera keluar dan mengunci bilik guru bagi menghalang haiwan berbisa itu keluar dan mengancam keselamatan kakitangan sekolah.

"Di belakang sekolah, ada anak sungai dan mungkin ular itu datang dari arah sungai dan semak-samun berhampiran.

"Saya terus menghubungi talian Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) untuk memaklumkan mengenai kejadian ini.

"Ini adalah kejadian pertama kali ular sebesar itu memasuki kawasan sekolah. Saya bimbang sekiranya kehadiran binatang berbisa mengancam keselamatan pelajar dan kakitangan sekolah," katanya.

Sementara itu Pegawai APM Daerah Kuala Krai, Kapt (PA) Mohd Hanif Omar berkata, pihaknya menerima panggilan pada jam 3 petang dan tiba di lokasi pada jam 3.56 petang.

Katanya, operasi menangkap ular itu mengambil masa 24 minit dengan kekuatan tiga anggota.

"Kita menasihati orang ramai supaya segera melaporkan penemuan binatang berbisa. Jangan bertindak sendiri kerana ia boleh mengancam nyawa," katanya.

Artikel berkaitan:

Insentif kepada guru yang menyambung pengajian ke peringkat master dan PhD

'Bantuan Umum, Bantuan Khusus dan Bantuan One-Off' - peringkat sekolah rendah dan menengah

31 cara mengawal murid dalam kelas oleh Cikgu Herryan Syah. Senang sangat!

22 ulasan yang boleh diguna pakai guru untuk slip peperiksaan