PUTRAJAYA - Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) hari ini memutuskan pelaksanaan Ujian Penilaian Kelas KAFA (UPKK) bagi subjek bertulis yang dijadual diadakan di seluruh negara pada 28 September hingga 1 Oktober, dibatalkan.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri berkata, keputusan itu dibuat bagi memastikan keselamatan dan kesihatan murid terjamin semasa Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang dilaksanakan bagi mengekang penularan COVID-19.

"Pembatalan UPKK tidak akan menjejaskan penilaian terhadap tahap penguasaan murid setelah mengikuti pendidikan KAFA bermula Tahun Satu hingga Tahun Enam di peringkat rendah.

"Prestasi murid dalam pendidikan KAFA boleh dinilai dengan pelbagai kaedah. Justeru, bagi tujuan ini, Jakim akan menetapkan satu kaedah pentaksiran baharu bagi menggantikan ujian bertulis itu,” katanya dalam satu perutusan menerusi Facebook hari ini.

Katanya, Jakim juga membuat keputusan bahawa pembukaan sesi persekolahan KAFA di seluruh negara akan dibuat berdasarkan ketetapan Kementerian Pendidikan Malaysia.

Artikel menarik:

'Saya buat cara old school. Guna Whatsapp aje' - Guru lain boleh ikut cara Cikgu Ain tak pening

Guru ini buat video cara mudah 'login' Google Classroom sebagai murid.. mohon ibu bapa bantu

Patutlah ramai cikgu buat Google Classroom...rupa-rupa ini faktornya

11 nota asas Matematik yang wajib dan sepatutnya murid tahap dua kuasai

Mudahnya tanda jawapan murid di telefon, ini kaedahnya yang boleh cikgu cuba