BERDOA itu sangat dianjurkan dalam Islam. Sebagai seorang insan, tidak lengkap rasanya jika kita tidak mengadu dan meminta pertolongan daripada orang lain, apatah lagi kepada Tuhan yang telah menciptakan semua makhluk di muka bumi ini.

Seperti mana yang dianjurkan dalam Surah Ghafir ayat 60.

"Berdoalah kepadaku, nescaya akan ku perkenankan bagimu, sesungguhnya orang-orang yang menyombongkan diri dari menyembahku akan masuk neraka jahanam dalam keadaan hina dina!”

Ayat di atas jelas menunjukkan, ALLAH SWT memberikan jaminan akan mengkabulkan setiap permintaan hamba-Nya yang berdoa kepada-Nya.

Buat calon yang bakal menduduki peperiksaan UPSR, berikut beberapa panduan dan doa yang dianjurkan oleh Ustaz Mohd Hasrul Wahab, untuk dibaca sepanjang peperiksaan. Ibu bapa juga disarankan untuk membaca doa yang sama.

“Calon-calon UPSR, mintalah ampun daripada mak ayah. Minta doa dan restu mereka. Selepas dapat kertas soalan, bacalah doa dari SURAH TAHA ayat 25-28. Elakkan bincang dengan kawan selepas keluar dewan. Tawakal, sebab benda dah lepas. Fokus sahaja pada subjek seterusnya.

“Selain itu, boleh juga amalkan SURAH AL-INSYIRAH. Surah ini diturunkan kerana Nabi Muhammad SAW menghadapi pelbagai kesusahan dan kepayahan dalam dakwah. Kemudian baginda mendapatkan kelapangan dan kemudahan, iaitu setelah baginda mengalami kemenangan dalam menjalankan perintah Allah SWT untuk berdakwah. Setiap kesukaran itu ada kemudahan.”

Surah Al-Insyirah adalah Surah ke-94 di dalam Al-Quran, dan mempunyai lapan ayat.  Al-lnsyiraah (Melapangkan Dada), kerana pada awal surah ini, ALLAH SWT menegaskan salah satu nikmat- Nya yang dikurniakanNya kepada Nabi Muhammad SAW iaitu melapangkan dada (serta mengisinya dengan iman dan hidayah pertunjuk),”katanya.

Mak Ayah juga boleh amalkan doa daripada hadis ini:

“Ya ALLAH, berilah kefahaman kepadanya dalam urusan agama dan ajarkannya Takwil (tafsir al-Quran).”

Surah yang boleh diamalkan:

1.Surah Taha ayat 25 -28

2.Surah Al-Insyirah

Tip menarik:

Nota padat topik Abakus...Calon UPSR boleh buat ulang kaji ringkas cara Cikgu Mohd Fadli

Siap sedia sebelum UPSR 2019 bermula - Ini yang mak ayah perlu lakukan di saat-saat akhir

Enam doa ringkas boleh diamalkan untuk anak menghadapi peperiksaan