SELURUH Malaysia mengenali 'insan istimewa' ini.

Dengan cerita ketabahan, kegigihan dan kejayaannya membuka perniagaan sendiri, Mohd Sukur Ibrahim sememangnya seorang insan hebat.

"Walaupun dalam keadaan begini, saya kena kuat dan pandang ke depan.

"Kejayaan tidak akan datang bergolek jika kita tidak berusaha untuk berjaya," katanya yang kini usahawan berjaya dan juga penceramah motivasi.

Sempena keputusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2018 yang diumumkan hari ini, Mohd Sukur menyampaikan ucapan tahniah kepada semua pelajar yang cemerlang dalam peperiksaan itu.

Yang tidak berjaya, jangan cepat putus asa..usaha, usaha dan usaha lagi.

Ikuti rakaman video ini.