Kumpulan penyelidik Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM) merangkul kejayaan besar dengan menggondol 28 pingat dan satu anugerah khas menerusi Ekspo Maya Rekacipta dan Pameran Penyelidikan (EREKA 2021).

EREKA 2021 merupakan anjuran Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) yang telah mula berlangsung pada 18 Januari hingga 18 Februari 2021 ini diadakan secara atas talian selari norma baharu musim pandemik.

Naib Canselor UTeM, Prof Datuk Wira Dr Raha Abdul Rahim berkata, ini merupakan salah satu kejayaan besar buat kami pada awal tahun ini apabila kesemua 28 produk inovasi yang menyertai pertandingan ini telah membawa pulang pingat.

Jelasnya, kejayaan ini sekali gus melonjakkan jenama UTeM dan memberikan pengiktirafan kepada kumpulan penyelidik yang telah bertungkus lumus dalam menyemarakkan budaya penyelidikan dan inovasi.

Katanya, kejayaan ini juga turut menzahirkan impak keberadaan UTeM yang memberikan sumbangan langsung kepada masyarakat serta komuniti dunia selaras dengan konsep tunai iaitu Technology at University Advancing Industry and Community.

Pada EREKA 2021, UTeM telah meraih 10 pingat emas antaranya menerusi produk CHELONIAN diketuai  Prof. Madya Ts. Dr. Mohd Yuhazri Yaakob, Kenaf/PLA Biodegradable Filament diketuai Dr. Nadlene Razali, BioBiG- Biodiesel Biji Getah diketuai Mahanum Mohd Zamberi dan Bio-Dur Packaging diketuai Dr. Ridhwan Jumaidin.

OSHER diketuai Prof. Madya Ts. Dr. Mohd Yuhazri Yaakob, Green-It! Duct Liner for HVAC Ducting diketuai Norain Idris dan Fish Deboning Machine For Fish Fillet diketuai Rohaina Jaafar.

Tiga lagi produk inovasi adalah A High Sensitivity Microwave Resonator Sensor for Material Characterization diketuai Dr. Maizatul Alice Binti Meor Said, IoT Covid-19 Medical Trolley TroVid diketuai Muhammad Fareq Ibrahim dan Educational Application Using Deep Learning Approach diketuai Dr. Haslinah Mohd Nasir.

Lima belas produk inovasi UTeM yang berjaya merangkul pingat perak antaranya Graphene Nanoparticle Conductive Ink for Future Wearable and Healthcare Application, Automotive Electronic Packaging Safety using Graphene Stretchable Conductive Ink, Self-Healing Polymeric Coatings (SeHPC), Paddy Seed Planter Robot(PSPRobot) dan Satay Xpress (Satay Skewing Machine).

Tetris Ergo Furniture (TEFur), Lower Limb Exoskeleton for Prolonged Standing Task, Development of Real-Time based Smart Assistance Interfaces Audio Receiver for Blind People by using Object Recognition Method, Interactive Voice Recognition Based Smart Mirror for Commercial Guest Room dan e-Warmer Jacket.

Lima produk lagi adalah A Real-Time Mobile Heart Monitoring Sytem for Detecting Abnormal Heart Rate, Smart Carbon Monoxide (CO) Detector – SmaCO, A Hybrid Insider Threat Detection Scheme (AHITDeS) using the integration of misuse and anomaly detection in Manufacturing Network Systems, PSMS: IoT-Based Petanque Sport Management System dan Premise Visitor Monitoring System.

Sementara itu, pingat gangsa pula diraih oleh produk inovasi Door Lock System For Homestay Business With Android Application, Smart Home Automation dan Parcel Delivery Application with Route Optimization based on Android Platform.

Menariknya produk inovasi UTeM CHELONIAN berjaya merangkul anugerah berganda yang mana bukan hanya pingat emas malah turut berjaya memenangi anugerah khas.