SHAH ALAM - GPSBestari.com mengumpulkan ragam dan warna-warni sekitar pengumuman keputusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2019 hari ini.

Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin (kiri) menyampaikan slip keputusan Sijil Peperiksaan Malaysia (SPM) kepada pelajar cemerlang Sekolah Sultan Alam Shah, Farid Nadjmi Nur Firdaus Seet (kanan) yang mendapat keputusan 10A+ semasa hadir secara mengejut pada Majlis Pengumuman Keputusan SPM hari ini. Turut kelihatan Ketua Pengarah Pelajaran Dr Habibah Abdul Rahim. - Foto Bernama

Ketua Pengarah Pelajaran Dr Habibah Abdul Rahim menunjukkan analisis keputusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2019 selepas sidang media di Kementerian Pendidikan hari ini. - Foto Bernama

Ketua Pengarah Pelajaran Dr Habibah Abdul Rahim (dua, kiri) menunjukkan analisis keputusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2019 selepas sidang media di Kementerian Pendidikan hari ini. Turut sama Timbalan Ketua Pengarah Pendidikan (Sektor Operasi Pendidikan) Dr Ahmad Rafee Che Ksassim (kiri), Pengarah Bahagian Pembangunan Kurikulum Dr Mohamed Abu Bakar (dua, kanan) dan Timbalan Pengarah Peperiksaan Kanan Kluster Produksi Fauzi Asirop (kanan). - Foto Bernama

Pengarah Pendidikan negeri Kelantan Abu Hanipah @ Fauzi Zahari menunjukkan keputusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) negeri pada sidang media di Jabatan Pendidikan Negeri Kelantan hari ini. - Foto Bernama

Pengarah Pendidikan Negeri Kelantan Abu Hanipah @ Fauzi Zahari (tengah) bersama pegawainya melihat keputusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) negeri pada sidang media di Jabatan Pendidikan Negeri Kelantan hari ini. - Foto Bernama

Pengarah Pendidikan Jabatan Pendidikan Negeri Selangor, Dr. Mahanom Mat Sam (tiga, kiri) ketika mengumumkan keputusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) Tahun 2019 di Dewan Terbilang Jabatan Pendidikan Negeri Selangor, hari ini.

Pengarah Pendidikan Jabatan Pendidikan Wilayah Persekutuan Maznah Abu Bakar mengadakan sidang media selepas mengumumkan keputusan Sijil Pelajaran Malaysia 2019 di Jabatan Pendidikan Wilayah Persekutuan hari ini. - Foto Bernama

Pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Perempuan Methodist S Tharisini (tengah) yang memperoleh keputusan 12A dikucup oleh ibu bapanya S Chitrah (kanan) dan S. Sundarajan selepas menerima keputusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) pada majlis pengumuman keputusan SPM di Jabatan Pendidikan Perak hari ini. - Foto Bernama

Para pelajar cemerlang Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) bergambar selepas menerima keputusan peperiksaan mereka pada majlis pengumuman keputusan SPM di Jabatan Pendidikan Perak hari ini. - Foto Bernama

Pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Methodist, Oscar Wong Kinn (kanan) yang memperoleh keputusan 10A bergambar bersama ibunya S Har Yin Chun selepas menerima keputusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) pada majlis pengumuman keputusan SPM di Jabatan Pendidikan Perak hari ini. Oscar merupakan calon Berkeperluan Khas (Kurang Upaya Fizikal). - Foto Bernama

Pelajar istimewa dari SMK Pokok Sena Muhammad Muslim Ahmad Shukari menunjukkan slip keputusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) yang diterimanya pada Majlis Pengumuman keputusan SPM 2019 Negeri Kedah di Dewan Besar, SMK Ibrahim, Sungai Petani hari ini. - Foto Bernama

Pelajar cemerlang Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) (dari kiri) Chen Ying Yan dari SMK Ibrahim, Nur Wardina Mat Akhir dari Sekolah Berasrama Penuh Integrasi Kubang Pasu dan Dhanya a/p Ravintharan dari SMK Sultan Badlishah pada Majlis Pengumuman keputusan SPM 2019 Negeri Kedah di Dewan Besar, SMK Ibrahim, Sungai Petani hari ini. - Foto Bernama

Pengarah Pendidikan Kedah Abdul Aziz Selaiman (dua, kiri) menyampaikan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) kepada pelajar istimewa dari SMK Pokok Sena Muhammad Muslim Ahmad Shukari pada Majlis Pengumuman keputusan SPM 2019 Negeri Kedah di Dewan Besar, SMK Ibrahim, Sungai Petani hari ini. - Foto Bernama

Pengarah Pendidikan Kedah Abdul Aziz Selaiman (enam, kanan) bergambar bersama pelajar-pelajar cemerlang dan juga pelajar yang menerima Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) pada Majlis pengumuman keputusan SPM 2019 Negeri Kedah di Dewan Besar, SMK Ibrahim, Sungai Petani hari ini. - Foto Bernama

Pengarah Pendidikan Kedah Abdul Aziz Selaiman bergambar bersama pelajar cemerlang Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) pada Majlis Pengumuman keputusan SPM 2019 Negeri Kedah di Dewan Besar, SMK Ibrahim, Sungai Petani hari ini. - Foto Bernama

Suasana pelajar-pelajar bersama ibu bapa mereka ketika mengambil keputusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2019 di Sekolah Menengah (P) Sri Aman Hari ini.
Seramai 8,876 daripada 389,498 calon peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2019 memperoleh keputusan cemerlang dalam semua mata pelajaran.
 - Foto Bernama

Reaksi pelajar-pelajar bersama ibu bapa mereka ketika mengambil keputusan Sijil Pelajaran Malaysia (spm) 2019 di Sekolah Menengah (P) Sri Aman Hari ini.Seramai 8,876 daripada 389,498 calon peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (spm) 2019 memperoleh keputusan cemerlang dalam semua mata pelajaran. - Foto Bernama

Pelajar-pelajar Sekolah Menengah Sains Tun Syed Shahabudin kelihatan ceria selepas memperoleh keputusan cemerlang Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) hari ini. - Foto Bernama

Pelajar-pelajar cemerlang dari SMK Mutiara Rini dan SMK Tun Fatimah bergambar sambil menunjukkan keputusan Sijil Pelajaran Malaysia (spm) pada Majlis Pengumuman Keputusan spm 2019 yang disampaikan oleh Pengarah Pendidikan Negeri Azman Adnan di SMK Mutiara Rini hari ini.- Foto Bernama

Yameera Suresh (duduk kanan) gembira berkongsi keputusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dengan rakan-rakannya pada Majlis Pengumuman Keputusan SPM 2019 di Sekolah Menengah Kebangsaan Mutiara Rini hari ini.  - Foto Bernama

Pengarah Pendidikan Negeri Johor, Azman Adnan (kiri) memeluk anaknya Muhamad Zafri Haziq Azman yang cemerlang dalam Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) pada Majlis Pengumuman Keputusan SPM 2019 di Sekolah Menengah Kebangsaan Mutiara Rini hari ini. - Foto Bernama

Nur Shuhada Rohaizad menunjukkan slip keputusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dengan memperoleh 7A di Sekolah Menengah Sains Tun Syed Shahabudin, Bukit Mertajam hari ini. - Foto Bernama

Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin beramah mesra bersama para pelajar Sekolah Alam Shah semasa hadir secara mengejut pada Majlis Pengumuman Keputusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) hari ini. - Foto Bernama

Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin bergambar bersama para pelajar cemerlang Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) Sekolah Sultan Alam Shah semasa mengadakan lawatan mengejut ke sekolah itu hari ini. Turut sama Ketua Setiausaha Kementerian Pendidikan Datuk Dr Mohd Ghazali Abas (berdiri tiga, kiri) dan Ketua Pengarah Pendidikan Dr Habibah Abdul Rahim (berdiri tiga, kanan). - Foto Bernama

Para pelajar Sekolah Sultan Alam Shah kelihatan gembira apabila pihak sekolah mengumumkan peratusan pelajar lulus dalam Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2019 pada majlis pengumuman keputusan peperiksaan tersebut hari ini. - Foto Bernama

Pengarah Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) Selangor Dr Mahanom Mat Sam (tiga, kiri) bersama calon cemerlang Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2019 yang mendapat keputusan 12 (A+), Muhammad Amir Mohamad Ghazaly, 18, (kanan) dan adik kembarnya Muhammad Arif Mohamad Ghazaly, 18, pada Pengumuman Keputusan SPM Tahun 2019 di JPN Selangor Seksyen 14 hari ini. Turut meraikan ibu bapa pasangan kembar terbabit Roslina Mohd (dua, kiri) dan Mohamad Ghazaly Abdul Rahman (tiga, kanan). - Foto Bernama

Pengetua Sekolah Menengah Kebangsaan Pintu Geng, Kelantan, Maizan Mohd Nor (tengah) bergambar bersama para pelajar cemerlang pada pengumuman keputusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) hari ini. Antara pelajar cemerlang Nur Amieysha Zainuddin yang mendapat keputusan 9A dan Fadhlien Fitrieyah Fauzi yang mendapat keputusan 6A. - Foto Bernama

Reaksi pelajar bersama ibu bapa mereka ketika mengambil keputusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) bagi tahun 2019 di Sekolah Menengah Kebangsaan (Perempuan) Sri Aman, Petaling Jaya, Selangor, hari ini. Seramai 8,876 daripada 389,498 calon peperiksaan SPM 2019 memperoleh keputusan cemerlang dalam semua mata pelajaran yang diambil. - Foto Bernama

Pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Aminuddin Baki, Kuala Lumpur, bersama wakil pelajar cemerlang 9A+ Tiong Lee Ching (hadapan empat kiri) ceria setelah menerima keputusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) di Dewan Bestari hari ini. Seramai 26 pelajar memperolehi 9A. - Foto Bernama

Pelajar Berkeperluan Khas, Jane Teng Siew Wei mendapat keputusan cemerlang dengan memperoleh 6A+, 2A dan 1A- dalam Sijil Pelajaran Menengah (SPM) yang diumumkan di Jabatan Pendidikan Negeri Sarawak, Jalan Diplomatik Off Jalan Bako di sini, hari ini. Pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Maradong, Bintangor itu berkata, keputusan yang diperolehinya itu ternyata lebih daripada sasaran awalnya untuk mendapat enam A sahaja dalam 10 mata pelajaran yang diambil. - Foto Bernama

Suasana pelajar bersama ibu bapa masing-masing ketika mengambil keputusan Sijil Pelajaran Malaysia bagi tahun 2019 di Sekolah Menengah (P) Sri Aman hari ini. Seramai 8,876 daripada 389,498 calon peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia 2019 memperoleh keputusan cemerlang dalam semua mata pelajaran diambil. - Foto Bernama

Anak kedua pesara tentera, Nurin Anis Farihah Mohd Azid berkongsi kegembiraan bersama ibu dan bapanya ketika ditemui selepas majlis pengumuman keputusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2019 di Sekolah Menengah St Anthony Labuan hari ini. Anis memperolehi 9A (7A+ dan 2A) dan merupakan antara tujuh pelajar cemerlang Sekolah Menengah Sains Labuan. Di Labuan, daripada 964 calon sekolah kerajaan menduduki peperiksaan itu tahun lepas, seramai 871 calon layak menerima sijil dengan jumlah peratus 90.35 peratus berbanding 840 calon pada 2018. - Foto Bernama

Pelajar cemerlang Sekolah Menengah Sultan Abu Bakar, Kuantan, G. Dahchaiyani menerima kucupan tahniah daripada ayahnya N. Gunasegaran dan ibunya S. Subashini selepas diumumkan memperoleh keputusan 11A hari ini. - Foto Bernama

Pelajar cemerlang Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) (dari kiri) June Pae Zhang Wei, Kelvin Ngu Zhu Hao dan Dennis Hii Jiun Xiang memperolehi keputusan 11A+ bergambar pada majlis pengumuman keputusan SPM di Jabatan Pendidikan Negeri Sarawak, Jalan Diplomatik Off Jalan Bako di Kuching, hari ini. - Foto Bernama

Pengarah Jabatan Penjara Terengganu Penolong Kanan Komisioner Ahmad Saidi Hamzah (enam, kiri) dan Pengarah Penjara Marang, Penolong Kanan Komisioner Wan Sani Ab Latiff (lima, kanan) serta barisan guru bergambar bersama banduan Penjara Marang yang memperoleh keputusan cemerlang peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2019 ketika ditemui pada Program Menuai Cemerlang SPM di Sekolah Integriti Penjara Marang hari ini. Sekolah tersebut merekodkan keputusan cemerlang tahun ini apabila kesemua 16 pelajar yang mengambil SPM mencapai rekod lulus iaitu seramai 12 pelajar memperoleh satu A, manakala empat lagi masing-masing seorang memperoleh enam A, lima A, empat A, tiga A dan dua A. - Foto Bernama

Ummu Aiman Nabilah Mat Resat (duduk, tujuh dari kanan) dan Wan Mazni Wan Mohd Mazuki (duduk, lapan dari kanan) yang memperolehi straight 9A meraikan kejayaan bersama rakan-rakan dari SMK Tengku Mizan Zainal Abidin, hari ini. Sekolah itu mencatatkan keputusan membanggakan dengan meraih Gred Purata Mata Pelajaran/Gred Purata Sekolah 4.55 berbanding 5.11 tahun 2018.

Pengetua Sekolah Menengah Sains Sultan Mahmud (Sesma) [email protected] Mohamed (dua kanan) menerima sijil pencapaian terbaik SPM 2019 Terengganu dan terbaik Straight A Terengganu daripada Pengarah JPNT, Salim A Ghani (empat kanan). Seramai 38 pelajar mendapat straight A yang kemudiannya menobatkan Sesma sebagai sekolah terbaik Terengganu dengan pencapaian Gred Purata Sekolah 1.51.

Seramai 13 pelajar Sekolah Menengah Imtiaz YT Kuala Terengganu mendapat straight A manakala 42 pelajar daripada 99 meraih keputusan 10A, 11A dan ke atas. Kejayaan berkenaan menobatkan Sekolah Menengah Imtiaz YT Kuala Terengganu sebagai sekolah kedua terbaik kategori Sekolah Terbaik Negeri Terengganu.

Penolong Kanan Pentadbiran Tahfiz Model Ulul Albab (TMUA) Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Kedah, Rashidah Khairudin (enam dari kiri); PK HEM, Nik Amran Nik Mat (tengah) dan Guru Kanan Pendidikan Islam, Ustaz Asim Mat Salleh (lima, kanan) bersama-sama meraikan kejayaan pelajar yang meraih keputusan cemerlang dalam SPM 2019.

Pengetua SMK Bandar Utama Damansara 3, Sekolah Kluster Kecemerlangan, Ros Lizan (tengah) bersama sebahagian pelajar straight A SPM 2019, yang diumumkan pagi tadi. Menurut Ros, sekolah berkenaan mencapai peningkatan daripada segi pencapaian Gred Purata Sekolah 2.47 SPM 2018 kepada 2.14 SPM 2019

Artikel Berkaitan:

SPM 2019: Pencapaian lebih baik, GPN 4.86

GPN SPM 2019 lebih baik berbanding 2018

Keputusan SPM 5 Mac 2020, pelajar boleh peroleh keputusan SPM dengan 2 kaedah ini

Diperkenalkan SPM 2014, KBAT uji keupayaan calon

48 subjek meningkat, 27 catat penurunan dalam SPM 2019