Selepas ibu bapa, guru adalah insan yang bertanggungjawab untuk mendidik anak bangsa. Peranan guru amatlah besar, sanggup berkorban apa sahaja demi memastikan anak-anak muridnya berjaya. Bagaikan lilin yang membakar diri, itulah jasa seorang guru yang wajar dihormati.

Baru-baru ini, Cikgu Norhayati Yaacob telah berkongsi gambar Cikgu Laila Ismail sedang menanda kertas peperiksaan di dalam wad, Hospital Bentong, Pahang.

Menerusi perkongsian tersebut di page Kami Guru Malaysia (KGM), telah mendapat respon yang pelbagai. Rata-rata berkongsi rasa sebak, terharu dan mendoakan kesembuhan.

“Begitulah cikgu, jiwanya tetap ingat tanggungjawab dan tugasnya,”

Antara reaksi netizan:

"Inilah jiwa seorang guru"

"Kalau dah namanya cikgu… Di mana-mana pun masih buat kerja"

“Tak sihat pun, masih siapkan kerja”

“Pergorbanan seorang guru… ini yang dikatakan guru itu bagaikan obor....semoga cikgu cepat sembuh”

 

Sementara itu, GPS Bestari turut menghubungi Cikgu Laila Ismail. Beliau ditahan wad disebabkan demam, cellulitis, dan beberapa masalah kesihatan lain.

“Saya ditahan wad selama lapan hari, sebab masalah cellulitis dan juga demam. Selepas tu, keluar pula lepuh merah di labu betis kaki kiri, sehingga membentuk gelembung air sebesar bola pingpong. Malah, saya juga ada darah tinggi, kena kawal gula sebab bimbang ada diabetis pula.

“Kertas exam last Jumaat 19 Mei, tiba-tiba pada hari yang sama saya kena tahan wad. Memang tak sempat nak semak kertas exam di rumah. Lagipun saya risau, markah perlu update SAPS sebelum 16 Jun, selepas tu sekolah pula nak buat perjumpaan dengan ibu bapa lepas raya untuk serah rekod prestasi murid. Pada saya, itulah masa yang ada, tak mahu  disebabkan tidak sempat tanda kertas, nama sekolah dihighlight kt PPD.

“Pada saya, semua itu ujian. Buat sahabat yang mendoakan dan memberikan kata-kata semangat, terima kasih banyak. Alhamdulillah saya sudah beransur baik, ”jelas Guru Subjek Bahasa Melayu dan Sejarah, SK Sg Marong, Bentong Pahang ini.

Artikel Menarik:

Daki gunung untuk hantar laporan, tindakan sekumpulan guru ini wajar dipuji

Budak lari lawan arah: Aishah ketakutan setelah hiburkan satu Malaysia

Apapun warna kulit dan agama yang dianuti, saya tetap bantu - Luhurnya hati cikgu ini

Niat nak bantu pelajar, tak sangka dapat anugerah - Dr. Maszlee pun puji cikgu ini di fb

Hujan lebat, guna plastik sampah balut anak - Guru pedalaman ini kongsi kisah sesat dalam hutan