SERAMAI 130 guru dan kakitangan Sekolah Kebangsaan (SK) Taman Desa 2 menghadiri program Pemantapan Profesionalisme pada 15 Februari lalu.

Program sehari itu dikelolakan oleh Kelab Kebajikan Guru dan Kakitangan SK Taman Desa 2.

Pengerusi, Jamnah Zolkefli berkata, program itu bertujuan merapatkan ukhuwah dan silaturahim warga SK Taman Desa 2.

"Sebenarnya program sebegini merupakan kali kedua diadakan yang pertama dulu pada tahun 2008.

"Ini semua hasil idea guru besar kami, Siti Rohana Saabin yang amat berharap sebelum beliau pencen.. Kelab Kebajikan Guru dapat merealisasikan Program Pemantapan Profesionalisme ini," jelasnya.

Siti Rohana

Katanya, program tersebut juga dapat membina hubungan dan mengeratkan silaturahim antara guru dan kakitangan serta membina team buil-ding yang kukuh antara mereka.

"Selain itu, kami juga dapat memahami kepentingan bekerjasama dalam melengkapkan semua aktiviti melalui aktiviti eksplorasi serta memupuk semangat kerja berpasukan dalam kalangan guru dan Kakitangan.

"Program kami bermula dengan program motivasi sebelah pagi oleh Ustaz Alang Naemi dari MSQ Power Training dan pada sebelah petangnya diadakan program eksplorasi," katanya.

Menurut Cikgu Jamnah, eksplorasi diadakan di sekitar Bandar Country Homes, Rawang.

"Program eksplorasi pula melibatkan 13 kumpulan. Setiap kumpulan ada lapan orang. Ada lima stesen antaranya stesen menyelesaikan 'puzzle' kehidupan, stesen ramen insaf, stesen emoji ceria, stesen H20 serta stesen apa yang penting? Kerjasama.

"Setiap kumpulan perlu menyedia-kan dua kereta untuk menjalankan eksplorasi dalam menyelesaikan tugas di lima stesen yang ditetapkan. Kumpulan yang terawal dan telah menyelesaikan tugasan serta mewujudkan sikap bekerjasama dikira pemenang," jelasnya.

Sementara itu, Siti Rohana turut berharap program pemantapan itu dapat diadakan lagi pada masa akan datang.

"Program ini telah berjaya direalisasikan. Guru dan kakitangan seronok dengan aktiviti yang dianjurkan serta banyak impak yang mereka dapat hasil daripada program yang diadakan," katanya.

Artikel Menarik:

SUTAMA kongsi rahsia cemerlang dan cara cari dana dengan KISAS pada lawatan penanda aras

'Hafal pecahan popular ini' - Pesanan penting cikgu Matematik untuk calon UPSR

Teknik Cabang bantu murid lemah, sederhana dan cemerlang bina karangan panjang, seragam

Cikgu takkan menyesal guna cara ini tarik minat murid lemah belajar